Baru-baru ini, program realiti hiburan ‘I Can See Your Voice Malaysia‘ musim ke-5 telah kembali menemui peminat dalam episod kedua. Selain telatah para penyiasat yang mencuit hati, rancangan ini turut mengundang Nabila Razali serta MK K-Clique sebagai selebriti jemputan sekaligus menambah seri malam berkenaan.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Singkirkan Renggo Arrow, netizen persoal Nabila Tak kenal penyanyi lama
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah ketika Nabila Razali bertindak menyingkirkan seorang ‘legend’ bernama Renggo Arrow. Mungkin disangka penyamar, hakikatnya peserta itu adalah penyanyi sebenar sehingga mengejutkan ramai orang. Malah, rata-rata netizen mula mempersoal wanita berkenaan selepas dirinya seakan-akan tidak mengenali ‘otai’ dalam industri muzik.
Bukan tak kenal abang Renggo…cuma tak perasan sebab dia bawa watak berbeza
Menjawab segala tuduhan, artis berkenaan pantas menafikan dakwaan dia tidak kenal dengan penyanyi tersebut selain akui membesar dengan lagu-lagu nyanyiannya. Menerusi portal mStar, pelakon berkenaan mendedahkan dirinya tertipu selepas melihat perwatakan Renggo memandangkan setiap peserta diberi kelainan karakter daripada imej sebenar.
Lepas habis program, saya terus jumpa abang Renggo dan minta maaf
Menerusi YouTube mStar, Nabila juga akui bahawa setiap juri tidak dibenarkan untuk berinteraksi dengan peserta semasa rehat. Malah, perkara tersebut menyebabkan para juri tidak dapat mengenalpasti identiti sebenar lelaki berkenaan. Bagaimanapun, selebriti itu sudah pun memohon maaf kepada Renggo selain berharap agar netizen tidak berterusan memarahinya.
Kredit: mStar, Instagram tv3malaysia
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
