Isu Semasa

Disahkan Positif COVID -19, Atlet Mohon Penyokong Doakan kesihatan

Disahkan Positif COVID -19, Atlet Mohon Penyokong Doakan kesihatan

Sharing is caring!

Sehingga petang semalam, Malaysia mencatatkan rekod baru apabila virus COVID- 19 telah meragut dua nyawa dalam tempoh masa sehari. Menurut Kementerian Kesihatan, Malaysia kini telah mempunyai rekod positif seramai 553 individu termasuk 42 daripada yang telah sembuh dan 95 daripadanya adalah berkait rapat dengan perhimpunan tabligh di Seri Petaling.

BACA: Kesihatan Mula Merosot, Akhirnya COVID-19 Ragut Nyawa Pertama Di Malaysia

Bapa dan atlet positif COVID -19

Menerusi  kiriman di laman Facebook, Jackie Wong Siew Chee  yang lebih dikenali sebagai raja pemecah rekod menerusi acara baling tukul besi  telah disahkan positif  COVID-19 sehari selepas bapanyanya iaitu  Wong Ling Biu Andrew disahkan turut positif Covid -19. Jackie merupakan atlet olaraga Malaysia dan Asia Tenggara  telah memecahkan rekod kebangsaan pada tahun 2018 dengan catatan 67.01 meter pada Kejohanan Asia di Doha dan ketika di Jemputan Terbuka Korea menerusi balingan sejauh 67.31 meter.


 

Disahkan Positif COVID -19, Atlet Mohon Penyokong Doakan kesihatan

 

Disahkan Positif COVID -19, Atlet Mohon Penyokong Doakan kesihatan

Jackie dalam keadaan sihat dan stabil

Dia yang ketika ini masih dikuarantin di Pusat Kesihatan Sibu dilaporkan dalam keadaan sihat dan stabil tetapi masih dibawah pemantauan dan rawatan. Dia turut berkongsi kesihatan bapanya yang lebih baik berbanding sebelum ini tetapi masih menggunakan alat bantuan pernafasan. Selain itu, Jackie menegur orang ramai agar tidak mengeluarkan atau berkongsi berita-berita palsu mengenai COVID- 19 sehingga mendapat kepastian daripada Kementerian Kesihatan dan meneruskan doa buat diri dan bapanya. 


Disahkan Positif COVID -19, Atlet Mohon Penyokong Doakan kesihatan

Disahkan Positif COVID -19, Atlet Mohon Penyokong Doakan kesihatan

Sumber : Facebook JackieWong


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Disahkan Positif COVID -19, Atlet Mohon Penyokong Doakan kesihatan

Sharing is caring!