Sikap melatah adakalanya cukup menghiburkan hati orang ramai. Semakin galak usikan, semakin menjadi-jadi pula latah itu sehingga tidak sengaja melakukan pelbagai aksi lucu. Dalam tidak sedar juga, mereka mampu melontarkan percakapan yang bukan-bukan dan bertindak di luar jangkaan dalam apa juga situasi.
BACA: Geng Melatah Haru Jadi Pembaca Berita, Baru Muzik Intro Dah Tersadai Atas Meja
Wanita melatah saat disakat gitaris, siap tersasul lirik masa nyanyi lagu raya
Sama juga seperti kejadian lucu penyanyi ini apabila sifat itu muncul ketika berada di khalayak ramai. Menerusi perkongsian ijam_knbuskers di laman TikTok, kelihatan seorang lelaki dan wanita yang santai membuat persembahan sempena hari raya. Namun secara tiba-tiba, gitaris kumpulan tersebut secara spontan menjerit sehingga membuatkan vokalis berkenaan melatah tak ingat dunia. Malah, dirinya juga dilihat sempat tersasul melontarkan lirik sehingga mencetuskan gelak tawa orang sekeliling.
@ijam_knbuskers bila vocalist seorang yg latah. @comot915 @alexdrummer550 @Mohd Hairul Anuar Sa #kn_buskers #PDbuskers #selamathariraya #latah #fyp #fypシ
Dua-dua melatah sebenarnya ni…tapi yang lelaki pura-pura cover konon
Di sebalik gelagat lucu penyanyi itu, siapa sangka individu yang berada di sampingnya juga turut ada sifat latah. Berdasarkan sorotan lain, mereka berdua dilihat sedang rancak menyanyikan lagu yang berbeza. Mungkin berasa tidak adil disakat seorang diri, wanita berkenaan turut mengenakan rakannya sehingga terkeluar lirik yang tidak dijangka. Menerusi kapsyen, mereka berdua sebenarnya ‘dua kali lima’, namun lelaki tersebut pula pandai cover semasa awal-awal persembahan.
@ijam_knbuskers Reply to @angkolmoro dua2 penyanyi ni mmg latah.. hahahaha @comot915 @krollanuar44 @alexdrummer550 #kn_buskers #PDbuskers #latah #fyp #fypシ
Daripada stress terus keluar air mata dekah, siap ada rap sekali ye…makin meriah pula lagu raya ni
Meninjua pada ruangan komen, rata-rata netizen juga turut mengalir air mata dek terlalu terhibur mengenangkan gelagat dua orang penyanyi itu. Malah, ada juga yang sempat berseloroh menyatakan lagu berkenaan menjadi semakin meriah selepas dicampur dengan lirik spontan daripada melatah.
Kredit: TiKTok ijam_knbuskers
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
