Inspirasi Viral

Disambut Bebas Dari Penjara Kajang, Banduan Berazam Nak Buktikan Boleh Berubah

Disambut Bebas Dari Penjara Kajang, Banduan Berazam Nak Buktikan Boleh Berubah

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok apabila pemilik akaun bernama Azhar berkongsikan rakaman dia menjemput adiknya yang baru sahaja bebas dari tirai besi. Video berkenaan telah berjaya menarik perhatian orang ramai kerana rakan-rakan bekas banduan tersebut tidak melepaskan peluang menjadi orang pertama berjumpa dengannya.


BACA: Keluar Beli Mi Segera Sebab Lapar, Pelajar Tingkatan 6 Dihukum Penjara

Lepas kena reman saya dimasukkan ke penjara…Saya minum tu kehendak saya sendiri

Menerusi temu bual bersama mStar, Shahrizal tidak malu memberitahu bahawa dia terlibat dengan jenayah berkaitan air ketum sehingga akhirnya dipenjarakan. Tambahnya lagi, perbuatan berkenaan dilakukan atas kerelaan diri sendiri tanpa menerima ajakan daripada sesiapa.

@azhxrrr__

Alhamdulillah 🤲🏻 #fyp #fypシ #esekeli #xyzbca #trending #foryou #foryoupage #viral2021 #masukberanda

♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Masuk sana saya berdikari, hidup sendiri tanpa mak ayah…Saya nak banggakan mereka lepas ni

Ditanyakan kepadanya mengenai pengalaman sepanjang berada di dalam Penjara Kajang, Shahrizal berjaya melupakan ‘benda’ yang membuatnya terjebak sebelum ini. Bukan itu sahaja, dia juga lebih berdikari semenjak berada di sana kerana tidak ada ibu bapa di sisi. Bertekad tidak ingin mengulangi kesilapan sama, dia bercita-cita membanggakan orang sekelilingnya meskipun dengan status bekas banduan.


Ini baru sahabat, bukan cuma teman pergi shopping mall…Terharu tengok friendship korang

Sejak dimuat naik semalam, video tersebut berjaya meraih hampir 3 juta jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap abang serta rakan-rakan Sharizal yang tidak meminggirkannya.


Disambut Bebas Dari Penjara Kajang, Banduan Berazam Nak Buktikan Boleh Berubah

Disambut Bebas Dari Penjara Kajang, Banduan Berazam Nak Buktikan Boleh Berubah

Disambut Bebas Dari Penjara Kajang, Banduan Berazam Nak Buktikan Boleh Berubah

Disambut Bebas Dari Penjara Kajang, Banduan Berazam Nak Buktikan Boleh Berubah

Disambut Bebas Dari Penjara Kajang, Banduan Berazam Nak Buktikan Boleh Berubah

Sumber: TikTok azhar & Youtube mStar Online Malaysia

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Disambut Bebas Dari Penjara Kajang, Banduan Berazam Nak Buktikan Boleh Berubah

Facebook

Telegram