Viral Family

Disangka Girlfriend Anak Sendiri, Ramai Mesti Tak Percaya Usia ‘Hot Mama’ Ini

Disangka Girlfriend Anak Sendiri, Ramai Mesti Tak Percaya Usia ‘Hot Mama’ Ini

Sharing is caring!

Lumrah seorang wanita, sepanjang hidupnya mahu tampak menawan terutamanya khas buat tersayang. Walau bagaimanapun apabila umur semakin meningkat, tak dinafikan agak susah untuk maintain bentuk badan ideal atau ‘bergetah’. Tapi baru-baru ini kecoh di laman Twitter tentang seorang wanita yang layak mendapat gelaran ‘hot mama‘.

BACA: Ibu Muda Buka ‘Kedai Runcit’ Khas Jual Jajan, Tapi Harga Pula Tak Nak Kalah..

Ingatkan tu girlfriend dia..

Selain berkongsi gambar mesra dengan seorang ‘gadis’, pengguna akaun Twitter yang dikenali sebagai Affa Danial telah mencuri perhatian ramai apabila meletakkan panggilan ‘mama’ di ruangan kapsyen. Tanpa disangka-sangka, wanita yang sangat menawan itu sememangnya adalah ibu kandungnya. Pendedahan tersebut nyata amat mengejutkan sekali gus mengundang persoalan ramai pihak.

Ramai tak percaya…tapi ibunya baru berusia 40 tahun

Gara-gara ingin mendapatkan kepastian lanjut berhubung perkara itu, ada juga pihak yang bertanyakan usia sebenarnya. Jawab Danial dengan ringkas, usia ratu hatinya itu baru sahaja genap 40 tahun. Tak cukup dengan itu, dia juga kini bergelar ibu kepada 3 orang anak termasuk remaja berkenaan.


Disangka Girlfriend Anak Sendiri, Ramai Mesti Tak Percaya Usia ‘Hot Mama’ Ini

Baru nak kecam sebab panggil girlfriend ‘mama’…sekali memang betul

Disebabkan paras rupa dan bentuk tubuh yang agak comel, tak dinafikan ramai telah salah sangka apabila sekilas pandang melihat foto 2 beranak tersebut. Dalam pada itu, ada juga netizen yang berpendapat bahawa ibunya nampak muda kerana sedang memakai braces yang merupakan trend golongan remaja pada masa kini.

Disangka Girlfriend Anak Sendiri, Ramai Mesti Tak Percaya Usia ‘Hot Mama’ Ini

Disangka Girlfriend Anak Sendiri, Ramai Mesti Tak Percaya Usia ‘Hot Mama’ Ini


Disangka Girlfriend Anak Sendiri, Ramai Mesti Tak Percaya Usia ‘Hot Mama’ Ini

Sumber: Twitter affadanial93 & adam_daniall


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Disangka Girlfriend Anak Sendiri, Ramai Mesti Tak Percaya Usia ‘Hot Mama’ Ini

Sharing is caring!