Family Viral

Disangka Warung & Ayah Cedok Nasi, Tahan Malu Rupanya Acara Makan Orang Lain

Disangka Warung & Ayah Cedok Nasi, Tahan Malu Rupanya Acara Makan Orang Lain

Apabila menempuh perjalanan jauh menaiki kereta, ramai yang gemar singgah di warung-warung tepi jalan untuk mengisi perut. Oleh kerana agak sukar untuk menemukan pelbagai kedai makan khususnya di kawasan pedalaman, apa sahaja yang dilihat pasti akan terus dituju. Namun siapa sangka bagi keluarga ini, kenangan lucu malah berlaku kepada mereka.

BACA : Menyamar Jadi Perempuan Nak Duit Raya Double, Lelaki Bertudung Kena Hempuk Kuat

Nak berhenti makan lunch…Ingatkan warung rupanya majlis makan orang

Dari jalan utama, mereka ternampak kewujudan sebuah warung makan yang sudah dipenuhi dengan pelanggan. Tanpa mengesyaki apa-apa, keluarga ini pun turun daripada kereta dan si ayah pula ‘menonong’ mencedok nasi seperti orang-orang lain. Kemudian, barulah diketahui kedai makan itu sebenarnya rumah seseorang yang sedang menganjurkan majlis makan-makan bersama saudara.

@dkoctvn

mana ayah aku langsung ngambil nasi lagi 😭 #fyp

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Muka bukan petak lagi…Tapi dah jadi segi 6…Keluarga di kereta lain juga ikut turun

Sudah pun selamat duduk di kerusi dan cuba menahan malu, situasi bertambah kelakar apabila ada pula kereta lain turut singgah di acara berkenaan. Masing-masing tidak mengetahui realiti sebenar di sebalik beranda rumah itu yang benar-benar nampak seperti warung makan.


@dkoctvn

Balas @dkoctvn Muka bukan petak lagi, udh segi 6 😭😭

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Tuan rumah terfikir, ni keluarga belah mana eh? Macam tak pernah nampak je…Oh saudara jauh kot

Meraih lebih 7 juta jumlah tontonan, ramai netizen yang merasa sangat terhibur selain tertanya-tanya mengenai pengakhiran video itu. Ramai juga berseloroh tuan rumah pastinya tertanya-tanya gerangan keluarga asing tersebut yang sepertinya tidak dikenali.

Disangka Warung & Ayah Cedok Nasi, Tahan Malu Rupanya Acara Makan Orang Lain


Disangka Warung & Ayah Cedok Nasi, Tahan Malu Rupanya Acara Makan Orang Lain

Disangka Warung & Ayah Cedok Nasi, Tahan Malu Rupanya Acara Makan Orang Lain


Kredit : TikTok dkoctvn

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Disangka Warung & Ayah Cedok Nasi, Tahan Malu Rupanya Acara Makan Orang Lain

Facebook

Telegram