Selepas banyak dikongsikan di media sosial, sabun cecair pakaian yang bermacam warna menjadi kegemaran para ibu untuk mencuci. Walaupun bungkusannya kecil dan comel persis gula-gula, namun ia dikatakan mampu mengeluarkan bau harum yang sangat kuat. Setelah lama menjadi perhatian, ada pula kisah tidak diingini berlaku seperti di bawah ini.
BACA: Dr Say Minta Perhati Anak-Anak, Suka Tutup Telinga Antara Tanda Awal Autisme
Bila datang dekat, bau sabun kuat datang dari dalam mulut anak…Tak tahu nak buat apa
Seorang pegawai perubatan ada berkongsikan kisah ketika dia didatangi wanita yang terkejut melihat anaknya termakan ‘sabun candy‘. Ketika sedang sibuk di dapur, tiba-tiba suara tangisan cahaya matanya memecah suasana. Apabila diperiksa, mulut serta pakaiannya sudah penuh dengan wangian itu.

Kita tak tahu berapa lama ia kekal dalam badan…Saya memang risau dengan bentuk dan warna sabun ini
Selepas merujuk ke Pusat Racun Negara, mereka mendapati bahawa cecair tersebut mengandungi bahan pencuci dan sabun. Antara kesan yang boleh dialami oleh si pemakan termasuklah hakisan mukosa mulut sehingga perlu bergantung pada alat bantuan pernafasan jika ia agak serius. Bukan itu sahaja, mereka juga berkemungkinan akan muntah-muntah dan pengsan.

Kalau anak tertelan bahan pencuci, jangan paksa dia muntah….Segera dapatkan rawatan
Beliau memohon agar ibu bapa bertanggungjawab menyimpan segala bahan pencuci di tempat yang tidak boleh dicapai kanak-kanak agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi. Bukan itu sahaja, Dr. Redza Rosli juga ada berkongsi langkah-langkah perlu diambil sekiranya mengalami detik cemas ini.
“Anak makan apa? Makan sabun candy viral?”
Pertama kali dengar sebenarnya.
Lepas buat carian Google terus keluar imej macam ni. Perh patutlah budak sanggup makan sabun ni. Memang sebiji macam gula-gula! pic.twitter.com/nzwLt7cFhE
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) January 7, 2022
Kredit: Twitter Dr Redza Zainol
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
