Disentuh Lelaki 3 Jam Sebelum Nikah, Netizen Persoal Nelydia Tak Ambil Wudhu

Baru-baru ini, Nelydia Senrose telah berkongsi satu video throwback di Instagram memaparkan situasi dirinya di dalam sebuah bilik tiga jam sebelum nikah. Dalam video itu, dua jurutatarias lelaki sedang mempersiapkan solekan wajah serta dandanan rambutnya untuk majlis pernikahan yang dilangsungkan pada 6 April lalu. Melalui kapsyen, Nelydia telah menggambarkan perasaan gemuruh ketika di hari disatukan bersama suaminya. 

BACA: [FOTO] Pakai Tudung Tapi Nampak Rambut, Bridesmaid Nelydia Dihentam Netizen

Throwback hari saya berkahwin

Saya rasa ini lebih kurang 3 jam sebelum majlis akad nikah. Hanya Tuhan yang tahu apa yang saya rasa kat dalam hati. Perasaan bercampur-baur sekaligus sampai 1001 benda fikir yang tak penting pun masuk dalam kepala! 

View this post on Instagram

Throwback to the day i got married. I think this was like 3 hours prior to the majlis akad nikah. Only God knows how i felt inside. Mixed feelings all at once. (Imagine me who is always panic and wanting everything to be perfect, had to just sit and look my best for my special day- dalam hati duk fikir hows my family,my guests dah sampai ke belum and how’s my pelamin gonna look like. 1001 benda fikir yang tak penting pun masuk dalam kepala! Aaahh hanya Allah yang tahu how my mind and guts was on war!) Nonetheless, I am forever grateful to have such an amazing team. Couldn’t have done it without each and everyone of you who was involved secara langsung ataupun tidak. So here’s me getting all dolled up by my amazing @syedfaizalsyednoh and my super chill @ckayliow . I made the best decision to have you both! #perfectcombo (Im trying to look calm in the video) 😂 Missing this moment! Oh btw tu baru first base lipstick ada beberapa layer and campuran warna lipstick lagi after that in achieving the look that i wanted, so nak tahu kena tanya @syedfaizalsyednoh / Just feel like sharing this with you guys. Mind to share your #nikahstory with me? Hihi #myotherhafeznel #nofilter

A post shared by @ nelydiasenrose on

Nelydia turut menzahirkan penghargaannya pada kedua-dua lelaki yang bertanggungjawab menghasilkan penampilan cantiknya pada hari itu. 

Saya sentiasa bersyukur kerana mempunyai team yang begitu hebat. Tidak dapat melakukannya tanpa setiap dan semua orang daripada anda

Menjengah ke ruangan komen, ada pula seorang individu ini yang mempersoalkan status wudhu Nelydia kerana disentuh lelaki-lelaki itu ketika bersiap untuk nikah. 

So you takde wudhu ke time nikah? Pelik

I datang bulan

Walaupun disoal dengan soalan yang tidak patut, namun Nelydia tetap membalas komen gadis ini dengan baik. 

Aww takpelah.. Itu kisah awak kan 

Di bawah komen mereka, isu berwudhu dalam kalangan pengantin perempuan nampaknya menjadi perdebatan beberapa netizen. 

Upacara batal air sembahyang is adat, bukan sunnah

Perempuan takpe kalau tak ambik wudhu 

Tak pelik pun, takde dalam syarat sah nikah

Netizen menganggap wudhu hanya perlu diambil untuk tujuan memudahkan solat selepas siap disolek, bukan untuk tujuan bernikah kerana upacara batal air sembahyang hanyalah adat, bukannya sunnah.

Senang nak solat Zohor, kecuali period

Sumber: IG nelydiasenrose

Apa Komen Anda?