Family Hiburan

Disindir Kena Tanggung Ibu Tunggal & 3 Anak Tiri, Issey Terpanggil Buka Mulut

Disindir Kena Tanggung Ibu Tunggal & 3 Anak Tiri, Issey Terpanggil Buka Mulut

Sharing is caring!

Umum mengetahui bahawa pelawak dan penyampai radio yang mesra dengan panggilan Issey ini telah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan iaitu Noor Aimi Jamel pada 22 Disember 2019. Dengan hantaran berupa senaskhah kitab Al-Quran, majlis penuh bermakna itu telah berlangsung di Kubang Kerian, Kelantan. Lebih bahagia, ia merupakan perkahwinan kedua bagi pelawak itu selepas 3 tahun hidup menduda.

BACA: [VIDEO] Zaman Duda Tamat, Issey Selamat Bernikah Dengan Ibu Tunggal Anak Tiga

Disindir Kena Tanggung Ibu Tunggal & 3 Anak Tiri, Issey Terpanggil Buka Mulut

Kesian kena tanggung 3 anak tiri

Berkenalan sejak zaman persekolahan lagi, siapa sangaka takdir telah mempertemukan dua jasad ini ke jinjang pelamin. Menyorot kronologi, isterinya merupakan seorang ibu tunggal yang terpaksa menyara tiga orang anak akibat pemergian suaminya dalam sebuah nahas jalan raya beberapa tahun lalu. Namun baru-baru ini, seorang individu telah melontarkan komen berbaur sindiran kononnya bersimpati dengan nasib pelawak itu yang terpaksa menanggung tiga anak tiri.


Disindir Kena Tanggung Ibu Tunggal & 3 Anak Tiri, Issey Terpanggil Buka Mulut

 

Disindir Kena Tanggung Ibu Tunggal & 3 Anak Tiri, Issey Terpanggil Buka Mulut

Lagi happy adalah.. Amanah saya untuk jaga mereka

Menjawab komen tersebut, Issey menerusi Instagram miliknya memberitahu dia kini bahagia dengan kehidupannya sekarang. Malah dia beranggapan tiga cahaya mata itu merupakan amanah terbesar daripada Pencipta. Tidak peduli dengan apa jua tohmahan, dia berharap orang di luar sana dapat mendoakan yang terbaik buat hubungan mereka.

Disindir Kena Tanggung Ibu Tunggal & 3 Anak Tiri, Issey Terpanggil Buka Mulut

Disindir Kena Tanggung Ibu Tunggal & 3 Anak Tiri, Issey Terpanggil Buka Mulut

Semoga bahagia sampai ke jannah. Pedulikan mereka..

Menjengah ke ruangan komen pula, luahan terbuka daripada pemuda kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini nampaknya telah mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis seperti Fad Bocey, Izzue Islam, Nadzmi Adhwa dan Feeya Iskandar. Rata-ratanya telah memberikan kata-kata semangat serta mendoakan semoga jodoh Issey dan isteri berkekalan sampai ke akhir hayat. 


Disindir Kena Tanggung Ibu Tunggal & 3 Anak Tiri, Issey Terpanggil Buka Mulut Disindir Kena Tanggung Ibu Tunggal & 3 Anak Tiri, Issey Terpanggil Buka Mulut Disindir Kena Tanggung Ibu Tunggal & 3 Anak Tiri, Issey Terpanggil Buka Mulut

Sumber: Instagram isseyfazlisham


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Disindir Kena Tanggung Ibu Tunggal & 3 Anak Tiri, Issey Terpanggil Buka Mulut

Sharing is caring!