Disindir Kerja Jaga Kedai Je, Pelajar IPTA Ini Sound ‘Sinis’ Makcik Takde Sivik

Jika sebelum ini sebuah video telah viral di Twitter memaparkan seorang pekerja yang naik angin membaling ‘board’ ke arah pelanggan tetapi semuanya telah diberi penjelasan. Bertindak balas dengan video tersebut, seorang pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama akaun @firdausezanii telah berkongsi pengalamannya disindir seorang makcik ini kerana tidak mempunyai pelajaran hanya kerana menjadi pelayan di kedai milik keluarganya.

BACA: Dah Tak Dapat Kerja, Dibalas Makian Pula – Wanita Dedah Perangai Budak Sekarang

Katanya, cuti semester yang lepas dia telah menjaga kedai alat tulis milik ibunya. Dua orang pelanggan ini telah datang iaitu seorang ibu dan seorang anak menghampiri dirinya di kaunter. Namun, ‘plot twist’ bermula sejurus apa yang diucapkan oleh makcik ini kepada anaknya membuatkan rasa tidak puas hati. 

Gambar sekadar hiasan

 

Cuti semester lepas, aku kerja dengan mak aku. Jadi, aku duduk di kaunter dan seorang pelanggan telah datang dan kata kepada anaknya yang belajar di MRSM. “Adik kena belajar elok elok, nanti jadi macam abang ni kerja kedai macam ni je. Dan bila dia selesai..”

..ambil barang daripada anaknya dan ingin membayar. Saya berkata kepada anaknya “dik, saya pelajar tahun dua Sarjana Muda Mikrobiologi di Universiti Putra Malaysia yang merupakan universiti kedua terbaik di Malaysia.. dekat MRSM ada belajar sivik kan?”

…belajar elok elok. Balik rumah ajar mak adik sekali tau, boleh? Dan teka apa? Wanita itu bergegas pulang dengan penuh perasaan malu

Mengakhiri thread tersebut, dia turut menasihati semua orang di luar sana agar tidak sewenang-wenangnya memperkecilkan atau memandang pada luaran orang lain. Dalam pada itu, dia juga menyeru semua orang yang masih bergelar pelajar supaya membuat kerja sambilan setiap kali cuti semester tiba memandangkan pengalaman kerja seperti inilah yang biasanya menjadi kriteria yang dinilai oleh organisasi. 

Sumber: Twitter firdausezanii & Siakap Keli

Apa Komen Anda?