Disoal Apa Tindakan Lepas Terima Surat Layang, Ini Rupanya Respon Warden…

Walaupun semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan 18 orang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk membela diri atas pertuduhan yang menyebabkan kehilangan nyawa Allahyarham Zulfarhan Osman 2 tahun lalu, namun rata-rata masyarakat masih sayu tatkala mengimbau semula insiden terbabit. Mereka turut meluahkan rasa syukur dengan pembebasan seorang tertuduh iaitu Muhammad Akmal Akif kerana dia merupakan salah seorang yang cuba membantu Allahyarham selepas kejadian itu berlaku.

BACA: “Kau Subahat Sebenarnya Kan?” – Ramai Tak Puas, Ini Sebab Akmal Akif Dibebaskan

Kenapa yang dapat surat layang tak ambil tindakan?

Jika disorot semula kronologi insiden tragis ini, Akmal Akif dan rakan biliknya iaitu Aiman Aufa pernah mengutuskan 2 surat layang kepada pihak atasan di institusi berkenaan sebagai usaha untuk membantu Allahyarham. Namun begitu, tiada tindakan susulan yang diambil hasil daripada aduan tersebut. Pendedahan itu sekali gus membuatkan ramai berasa kurang berpuas hati kerana jika tidak, masih ada peluang untuk Pegawai Kadet Laut tersebut diselamatkan.

Menerusi status Instagram lama yang pernah dicoret oleh adik Allahyarham iaitu Zulhelmie Idros sewaktu hari ke-6 perbicaraan pada tahun lalu, dia pernah mendedahkan respon diberikan oleh individu dikenali sebagai Kapten Haryani terhadap tindakan susulan selepas menerima surat layang itu. Menerusi laporan berita sebelum ini, beliau adalah jurulatih yang bertugas untuk memantau pegawai kadet ketika itu.

Menerusi coretan panjang itu, Zulhelmie meluahkan rasa kecewanya terhadap sistem pengurusan lemah yang diamalkan oleh para pegawai ketika itu. Selain gagal mengenalpasti identiti sebenar setiap pegawai kadet (merujuk kepada Zulfarhan) yang di berada dalam pemantauannya, beliau juga tidak mengambil serius dengan mesej yang terdapat dalam surat layang tersebut. Gara-gara itulah pihaknya telah lewat memeriksa lokasi kejadian serta gagal menemui Allahyarham. Malah apabila ditanyakan oleh peguam apa yang dilakukannya selepas menerima nota tersebut, Kapten Haryani hanya mendiamkan diri sahaja.

Sumber: IG _zulhelmieidros & Twitter NizamArif_

Apa Komen Anda?