Hiburan Family

Disuruh Beli Kuali Terbeli Periuk, Lelaki Reda Sekali Balik Ada Plot Twist Lain

Disuruh Beli Kuali Terbeli Periuk, Lelaki Reda Sekali Balik Ada Plot Twist Lain

Jika bercerita tentang membeli belah, sudah pasti ramai akan tertumpu kepada para wanita. Adakalanya, mereka mengambil masa yang lama demi meniliti setiap barang agar tidak tersalah pilih. Namun, pernahkah kita terfikir jika tugas itu diberikan kepada para lelaki? Kalau tersalah pasti merana dimarahinya nanti.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Kakak aku suruh beli kuali, manalah aku tahu kuali yang mana satu

Sama juga seperti situasi lelaki ini apabila terjadi satu moment lucu ketika disuruh oleh kakaknya untuk membeli kuali. Menerusi perkongsian kiki_wooo di laman TikTok, dia sempat berasa panik kerana tidak diberitahu secara detail mengenai barang tersebut. Lebih melucukan, dia sempat mengambil sebuah periuk yang disangka merupakan kuali sebelum berangkat pulang ke rumah. Tidak lama kemudian, lelaki itu mula menyedari kesalahan berkenaan dan kelihatan risau akan hukuman yang bakal dihadapinya.

@kiki_wooo

Periuk ke kuali? #mamatiktoker #mamat #mamatgotnochill #fyp #fypシ #lawaktiktok

♬ original sound – meow – meow

Enjoy dulu before kena bising…yang penting baru tahu periuk boleh transform jadi kuali

Seketika pulang ke rumah, dia seakan-akan sudah pasrah dan bersedia untuk dimarahi. Namun siapa sangka, kakaknya juga dilihat turut confuse dengan barang yang perlu dibeli sehingga secara tiba-tiba berseloroh agar mendapatkan cerek air. Bagaimanapun, wanita itu terpaksa pasrah selepas melihat kesilapan adiknya membeli bukan seperti yang disuruh.

@kiki_wooo

Reply to @marxx001 Enjoy dulu before kena bising. Yang penting baru tahu periuk boleh transform jadi kuali guys #mamatiktoker #mamat #mamatgotnochill #fyp #fypシ

♬ original sound – meow – meow

Elok pula dua-dua lupa tak jadilah nak marah…saya pula yang confuse patut beli yang mana satu

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut ikut terhibur dengan gelagat dua beradik tersebut. Malah, mereka juga sempat keliru melihat video berkenaan selain tidak menyangka akan plot twist berkenaan boleh berlaku.

Disuruh Beli Kuali Terbeli Periuk, Lelaki Reda Sekali Balik Ada Plot Twist Lain

Disuruh Beli Kuali Terbeli Periuk, Lelaki Reda Sekali Balik Ada Plot Twist Lain

Disuruh Beli Kuali Terbeli Periuk, Lelaki Reda Sekali Balik Ada Plot Twist Lain

Kredit; TikTok kiki_wooo

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Disuruh Beli Kuali Terbeli Periuk, Lelaki Reda Sekali Balik Ada Plot Twist Lain

Facebook

Telegram