Disuruh Left Group WhatsApp Gara-Gara Tak Cantik, Gadis Ini Dedah ‘Uni Life’

Zaman universiti boleh menjadi antara detik yang paling ‘struggle‘ dalam hidup seseorang. Selain kurang tidur, ketidakcukupan wang dan kerinduan pada keluarga di kampung, tentunya pelajar pernah berasa tertekan dengan tugasan yang diberikan. Namun, lain pula ceritanya dengan pengalaman seorang gadis di twitter ini yang menjadi tular apabila dia berkongsi detik paling sendu dalam hidupnya semasa zaman pengajiannya di salah sebuah universiti. 

Baca: Macam I Ada Degree, Wanita Ini Dikecam Sebab Demand Sangat Hantaran?

Gadis ini pada mulanya memuat naik status yang kelihatan santai meminta para gadis di luar sana mencantikan diri masing-masing sebelum masuk ke universiti. Walau bagaimanapun, pendedahan dia selepas itu sangat tidak disangka-sangka!

Gadis ini menulis realiti yang pernah dialami oleh dirinya dimana dia pernah diminta untuk mengundurkan diri daripada group WhatsApp untuk memberi laluan kepada  pelajar perempuan lain yang tampak lebih cantik. Pendedahan gadis ini menjadi lebih syahdu kerana dia memberitahu yang dia juga pernah menangis disebabkan perkara ini.

Gambar sekadar hiasan

“Kenapa eh? Jangan risau aku boleh buat kerja”
Sebahagian pelajar lelaki dipercayai rakan sekelasnya telah membuang dia daripada group WhatsApp kerana mereka lebih mementingkan kecantikan paras rupa setiap gadis yang baru mendaftar ketika itu.

 

“Takpe bukan salah kau. Salah aku sebab…”

Tambahnya, dia menulis thread tersebut bukan kerana sebarang depresi tetapi hanya ingin berkongsi sebahagian pengalamannya semasa berada di universiti. Gadis yang menggunakan nama pena syeeramalik di ruangan twitter itu juga berkata itulah salah satu contoh bagaimana sosialiti memberi kesan dalam hidupnya di universiti. Thread gadis ‘rare’ ini telah mendapat perhatian ramai netizen di ruangan twitter miliknya sehingga mencapai jumlah sukaan sebanyak lebih 10 ribu dan lebih 16 ribu retweets.

Gambar sekadar hiasan


Sumber: Twitter Syeeramalik

Apa Komen Anda?