Hubungan yang bahagia tidak semestinya selalu romantik tetapi penuh dengan jenaka harian. Sudah menjadi lumrah setiap pasangan untuk bergurau senda sebagai pengikat kasih sayang sekaligus menceriakan lagi rumah tangga. Tidak ketinggalan juga pasangan selebriti ini yang selalu meraih perhatian disebabkan kelakuan keluarga mereka berjenaka.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Dah banyak kali perhati, pendapat aku dengan orang rumah memang sama
Dikenali sebagai sebagai seorang pelawak, sudah pasti akan ada saja perlakuan yang menghiburkan hati orang sekeliling. Dalam sebuah rakaman yang tular baru-baru ini, Achey sempat menyatakan bahawa pendapatnya dan Anne adalah sama di mana selebriti tidak dilarang untuk masuk campur hal politic. Menurut personaliti TV berkenaan, tak kiralah apa saja profesi sekalipun tetap boleh ambil tahu tentang perkara tersebut.
Nampak bini aku pun setuju. Maksudnya boleh berpoligami
Walau bagaimanapun, tak semena-mena Achek terlepas kata menyebut perkataan poligami sehingga menerima satu tamparan hebat oleh si isteri dek kerana rasa geram. Susulan tindakan yang mengejutkan itu, penyanyi berkenaan terus mengucapkan perkataan sebetulnya dengan lebih berhati-hati.
@achey_kintangkintung Dia dapat detect… hmmm @anne_achey21
♬ original sound – acheykintangkintung – acheykintangkintung
Tolong update bang sekarang tidur kat mana. Luar ke sofa?
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perlakuan pasangan bahagia itu serta mendoakan kesejahteraan pengacara tersebut. Tak cukup dengan itu, ramai pula yang berseloroh bertanyakan apakah nasib Achey selepas video tersebut dirakam.
Kredit: Tiktok Acheykintangkintung
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
