Walaupun suami seharusnya menjadi pelindung kepada isteri, ramai di luar sana yang tiba-tiba berubah menunjukkan belang sebenar apabila berkahwin. Disangka akan bahagia hingga ke hari tua, namun seorang wanita ini mempunyai kisah sedih tersendiri mengenai rumah tangganya. Kenangan pahit itu didedahkan sendiri oleh Puan Nabiela di TikToknya beberapa hari lalu.
BACA : Meroyan Pisah Dengan 2 Isteri, Pelakon Serik Poligami Lebih Bahagia Jadi Duda
Dari saya awal mengandung sampai selepas melahirkan, saya macam mengemis perhatian suami
Sejak awal perkahwinan lagi, dia sudah diuji dengan perbuatan suami yang berselingkuh dengan wanita lain diikuti sikap culas menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Antara kejadian paling mengguris hati Puan Nabiela adalah ketika dirinya ditampar sejurus membuat kejutan kehamilan anak sulung mereka. Tidak bertahan lama, dia akhirnya ‘dilepaskan’ saat masih menjalani fasa berpantang.
@_nabielaa.maaseh Reply to @nikhajarr
Lepas seminggu bersalin, baru dia unblock WhatsApp saya…Jenguk anak tak sampai sejam
Tidak pasti apakah sebabnya, lelaki berkenaan ternyata enggan mengambil peduli dengan berita zuriatnya yang selamat dilahirkan. Selepas datang ke Kelantan bagi urusan pendaftaran sijil lahir anak, dia ada menjenguk bayi tersebut itu pun tidak sampai 1 jam.
@_nabielaa.maaseh Reply to @sheillisha0123 xdlyan pon😅😅 lepas smnggu sy bersalin baru dia unblock wsp sy selepas sy viralkan vtt anak sy pda 30/3 hari tu, dn 10/4 baru dia dtg kelantan settlekan sijil lahir anak, dn selama itu, petama dn terakhir dia dtg jenguk anak dia xsmpai sejam pon 😮💨
Sebelum kahwin kena siasat dulu pasangan..Nafkah anak jangan lupa tuntut kat dia
Kisah yang dikongsikan oleh wanita ini cukup membuatkan netizen merasa sebak. Walau bagaimanapun, mereka berharap ibu tunggal ini akan terus cekal kerana setiap ujian Allah pasti terselit hikmah terbaik.
Kredit : TikTok nabielaa ma’aseh
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
