Ditawar Kerajaan Arab Saudi, Wany Hasrita Tetap Tunai Haji Tanpa Ibu Esok

Dalam masa terdekat ini, seluruh umat IsIam akan meraikan Hari Raya Aidiladha. Itu juga menandakan bahawa musim menunaikan haji sudah tiba. Tidak terkecuali juga barisan artis tanah air yang turut teruja menjadi salah seorang tetamu Allah ke Tanah Suci. Contohnya, Bintang Paling Popular ABPBH 31 yang terkenal dengan lagu Menahan Rindu ini atau Wany Hasrita yang bakal berangkat ke tanah suci menunaikan haji bermula esok. 

BACA: [VIDEO] Sebalik Wajah Ayu, Rupanya.. Diana Kantoikan Sikap Sebenar Wany Hasrita

Wany berasa begitu teruja dengan jemputan tersebut pada usianya 27 tahun. Katanya, dia menerima baik jemputan daripada Kerajaan Arab Saudi itu malah tiket penerbangan pun sudah diberikan. Dia dan rakan penyanyi Amira Othman akan berangkat ke sana esok sehinggalah 18 Ogos 2019.

Kredit Foto Metro

Mahu membawa ibu sekali tetapi..

Wany yang bakal berangkat ke tanah suci untuk pertama kalinya itu turut memberitahu yang dia pada awalnya mahu membawa ibunya sekali tetapi hasrat tersebut tidak kesampaian atas sebab-sebab tertentu. Oleh itu, dia terpaksa meminta bantuan daripada rakan selebriti seperti Heliza Helmi dan penceramah terkenal, Profesor Dr Muhaya Mohamad berhubung panduan sepanjang berada di Makkah. 

Wany juga mendedahkan yang dia sebenarnya belum bersedia tetapi setelah difikirkan semula, dia seharusnya tidak mahu menunggu usianya tua untuk menunaikan haji. 

“Doa saya adalah memperoleh haji mabrur. Sebenarnya saya dalam keadaan tidak bersedia namun sebaik berfikir semula perlu ke bila menjengah usia tua baru bersedia?

Wany ketika diusik oleh media memberitahu yang dia tidak langsung memikirkan untuk menamatkan kerjayanya sebagai artis. Dia sebaliknya akan cuba memperbaiki diri sedikit demi sedikit selepas ini. Sebagai penutup, Wany juga tidak berharap yang peminat atau orang diluar sana memanggilnya dengan panggilan Hajjah setelah pulang, ianya terpulang kepada keselesaan masing-masing.

Sumber: Harian Metro

Apa Komen Anda?