Hiburan Inspirasi

Ditawarkan Masuk Universiti, Aliff Syukri Kecewa Dituduh Guna ‘Pintu Belakang’

Ditawarkan Masuk Universiti, Aliff Syukri Kecewa Dituduh Guna ‘Pintu Belakang’

Sharing is caring!

Sejak di alam persekolahan lagi, setiap pelajar pasti menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Malah bagi sesetengahnya pasti akan berazam untuk mengubah nasib keluarga menerusi saluran pendidikan. Mengenggam segulung ijazah di institusi ttinggi merupakan perkara yang paling tidak akan dapat dilupakan bagi setiap orang. Nampaknya keterujaan itu turut dirasai oleh usahawan kosmetik terkenal, Datuk Sri Aliff Syukri.

BACA : Bimbang Dituduh Riak, DS Aliff Tidak Dedahkan Sumbangannya Bagi Atasi COVID-19


Ditawarkan Masuk Universiti, Aliff Syukri Kecewa Dituduh Guna ‘Pintu Belakang’

Impian bakal tercapai

Menerusi posting DS Aliff di laman Instagram miliknya, dia menyatakan keterujaannya selepas ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti tempatan. Usahawan itu juga menyatakan impiannya untuk mengenggam segulung ijazah akhirnya bakal tercapai. Hal ini kerana beliau pernah dipandang rendah oleh masyarakat kerana tidak mempunyai pendidikan. Walaupun kini DS Aliff sudah dikategorikan sebagai usahawan berjaya, namun memiliki pelajaran merupakan satu bonus dalam hidupnya.

Ditawarkan Masuk Universiti, Aliff Syukri Kecewa Dituduh Guna ‘Pintu Belakang’

Saya tak guna pintu belakang

DS Aliff turut menyatakan kekecewaannya kerana dituduh menggunakan ‘pintu belakang’ untuk melanjutkan pelajaran di menara gading itu. Menurutnya, beliau telah mengambil masa selama 2 tahun untuk meluluskan diri dalam peperiksaan kelayakan memasuki institusi tersebut. Usahawan itu juga berkata bukan mudah baginya untuk membahagikan masa sebagai seorang suami, bapa dan ahli perniagaan sepanjang tempoh berkenaan. Selain itu, dia turut menasihati golongan bekerja yang ingin melanjutkan pelajaran agar terus berusaha dan tidak mudah berputus asa.


Ditawarkan Masuk Universiti, Aliff Syukri Kecewa Dituduh Guna ‘Pintu Belakang’

Ditawarkan Masuk Universiti, Aliff Syukri Kecewa Dituduh Guna ‘Pintu Belakang’

Ditawarkan Masuk Universiti, Aliff Syukri Kecewa Dituduh Guna ‘Pintu Belakang’

 

Sumber : Instagram Aliff Syukri


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Ditawarkan Masuk Universiti, Aliff Syukri Kecewa Dituduh Guna ‘Pintu Belakang’

Sharing is caring!