Ditegur Amalkan Hubungan Songsang, Punca ‘Mukhsin’ Tumbuk & Cekik Bekas Tunang?

Impian selebriti Syafie Naswip dan Aishah Azman untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila ikatan pertunangan mereka telah terlerai pada Selasa minggu lalu. Perkara itu sekali gus telah menjawab teka-teki tentang hubungan mereka berdua apabila dilihat saling memadam foto bersama di Instagram milik masing-masing. Terbaru, tindakan ‘keras’ Syafie pula dilaporkan menjadi punca kepada hubungan tersebut putus.

BACA: Akur Keputusan Keluarga, Atikah Suhaimie Minta Masa Sebelum Jelas Hal Sebenar

Advertisement

Syafie didakwa beri kata kesat…menumbuk & cekik leher bekas tunang

Memetik laporan portal mStar, Aishah dalam satu laporan poIis telah mendakwa bekas tunangnya itu tiba di rumahnya di Seri Kembangan, Serdang dan berlaku satu pertengkaran pada pagi 26 Jun yang lalu. Insiden tersebut berlaku semasa mereka berdua di dalam kereta milik aktor tersebut, di mana Syafie telah menghamburkan kata-kata kesat serta menumbuk dan mencekik lehernya.

Advertisement

Diminta untuk tinggalkan hubungan sejenis dengan rakannya..

Laporan Harian Metro pula menyatakan bahawa permasalahan mereka timbul selepas Aishah meminta pelakon filem ‘Mukhsin’ itu meninggaIkan hubungan sama jenis dengan seorang rakannya. Ekoran daripada situasi tegang tersebut, ikatan pertunangan mereka telah terputus pada malam 21 Julai yang lalu.

Advertisement

Syafie telah ditahan & mengaku kesalahan tersebut…

Dalam pada itu, Aishah juga difahamkan lambat membuat laporan mengenai kejadian tersebut kerana ingin menyelesaikan dengan cara yang baik terlebih dahulu tapi Syafie didakwa bertindak berlebihan. Susulan laporan telah dibuat, Syafie telah ditahan oleh pihak berkuasa selepas tampil menyerah diri di IPD Serdang pada Sabtu lepas. Hasil soal siasat mendapati pelakon tersebut mengaku kesalahan tersebut dan dia telah dibebaskan selepas diambil keterangan. Aishah bagaimanapun enggan memberikan sebarang ulasan lanjut tentang dakwaan yang dibuat olehnya kepada pihak media.

Advertisement

Sumber: mStar OnlineHarian Metro

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?