Viral

Dituduh Pregnant Anak Luar Nikah Waktu Check-Up, Rupanya Gadis Derita Apendiks

Dituduh Pregnant Anak Luar Nikah Waktu Check-Up, Rupanya Gadis Derita Apendiks

Sharing is caring!

Terdahulu, kecoh di Twitter berhubung dengan luahan seorang gadis bernama Syaima Zailany yang didakwa ‘pregnant’ anak luar nikah oleh seorang doktor di sebuah klinik. Menurut, gadis berkenaan, dia merasakan perit di bahagian perut selama seminggu sebelum mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan bagi mendapatkan kepastian.

BACA : Budak 13 Tahun Nangis Tak Reti Meneran, Doktor Sebak Kenangkan Ibu Ayah Buta..


Aku tak pernah buat benda bukan-bukan..

Apa yang mengejutkan apabila dia disahkan hamil selepas doktor terbabit melakukan pemeriksaan ke atas dirinya. Tidak percaya dengan berita itu, Syaima beberapa kali cuba meminta penjelasan doktor tersebut mengenai statusnya yang disahkan mengandung. Hal ini kerana, dia sendiri tidak pernah tidur bersama dengan mana-mana lelaki.

Dituduh Pregnant Anak Luar Nikah Waktu Check-Up, Rupanya Gadis Derita Apendiks
Gambar Sekadar Hiasan
Dituduh Pregnant Anak Luar Nikah Waktu Check-Up, Rupanya Gadis Derita Apendiks
Gambar Sekadar Hiasan

 

Ramai patient saya macam ni, terlanjur tapi tak mengaku..

Namun respon yang diberikan oleh doktor terbabit ternyata mengguris hatinya selain menganggap ia agak keterlaluan. Terkilan dengan tindakan doktor itu yang tergamak menuduhnya mengandung anak luar nikah, Syaima kemudiannya mengambil keputusan melakukan double check-up di pusat kesihatan yang lain. Bagaimanapun, dia disahkan negatif dan sebenarnya mengalami masalah apendiks.


Dituduh Pregnant Anak Luar Nikah Waktu Check-Up, Rupanya Gadis Derita Apendiks

Kakak aku nak nangis dapat tahu benda ni

Mengakhiri posting tersebut, gadis ini mengakui kecewa dengan tuduhan melulu sehingga membuatkan dia menanggung malu gara-gara kecuaian doktor berkenaan dalam mengendalikan pemeriksaan ke atasnya. Bukan itu sahaja, saat dimaklumkan bahawa dia hamil anak luar nikah reaksi kakaknya ternyata terkejut dan sedih.

Dituduh Pregnant Anak Luar Nikah Waktu Check-Up, Rupanya Gadis Derita Apendiks Dituduh Pregnant Anak Luar Nikah Waktu Check-Up, Rupanya Gadis Derita Apendiks

Dituduh Pregnant Anak Luar Nikah Waktu Check-Up, Rupanya Gadis Derita Apendiks
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Twitter syaimaa_zailany


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!