Artis Hiburan Inspirasi

Dituduh Sailang Job Host ICSYVMY5, Izzue Islam Akui Dah Minta Restu Sean Lee

Dituduh Sailang Job Host ICSYVMY5, Izzue Islam Akui Dah Minta Restu Sean Lee

Baru-baru ini, program realiti hiburan ‘I Can See Your Voice Malaysia‘ (ICSYVMY) musim ke-5 telah kembali menemui penonton dengan pelbagai drama serta telatah lucu. Malah, banyak juga muka-muka baharu yang muncul termasuklah pengacaranya iaitu Izzue Islam. Bagaimanapun, kehadiran selebriti itu turut mencetuskan perdebatan selepas dituduh seakan-akan ‘caras’ tugasan Sean Lee yang menjadi host sebelum ini.


BACA: Bukan Setakat Menang RM3k, Penyamar Tersipu Malu Sanding Dengan Janna Nick

Pada awalnya hanya hanya pengganti tapi tak sangka ditawarkan sampai akhir musim

Sedar akan tuduhan tersebut, pelakon berkenaan menganggap pemilihannya sebagai host langsung tiada kena mengena dengan isu sailang peranan orang lain. Menurut Akhbar Kosmo, Izzue pada awalnya hanyalah dipilih sebagai pengganti sahaja kerana pengacara terdahulu tidak dapat hadir pada episod pertama. Namun, dia tidak sangka pihak produksi telah memilihnya untuk mengalas pekerjaan itu hingga akhir musim.

Dituduh Sailang Job Host ICSYVMY5, Izzue Islam Akui Dah Minta Restu Sean Lee

Dituduh Sailang Job Host ICSYVMY5, Izzue Islam Akui Dah Minta Restu Sean Lee

Anggap sudah tertulis rezekinya serta dan dapat restu daripada Sean

Selain itu, aktor berkenaan turut menganggap segala apa perkara yang berlaku ini adalah rezeki yang telah tertulis buat dirinya. Malah, dia juga telah mendapatkan restu daripada Sean memandangkan pengacara tersebut telah berkhidmat selama 4 musim dalam rancangan ini.


Dituduh Sailang Job Host ICSYVMY5, Izzue Islam Akui Dah Minta Restu Sean Lee

Dituduh Sailang Job Host ICSYVMY5, Izzue Islam Akui Dah Minta Restu Sean Lee

Saya cuma berlapang dada…jika demi penambaikan, saya terima teguran

Pada masa sama, penyanyi itu akui sudah bersedia sekiranya menerima kritikan tentang prestasinya. Memandangkan dia merupakan pendatang baru dalam dunia pengacaraan, pastinya segala teguran akan diterimanya secara terbuka. Malah, Izzue turut akui ingin lebih serius dalam bidang ini selain sempat merujuk dengan beberapa nama besar untuk mendapatkan tunjuk ajar.


Dituduh Sailang Job Host ICSYVMY5, Izzue Islam Akui Dah Minta Restu Sean Lee

Dituduh Sailang Job Host ICSYVMY5, Izzue Islam Akui Dah Minta Restu Sean Lee

Dituduh Sailang Job Host ICSYVMY5, Izzue Islam Akui Dah Minta Restu Sean Lee

Kredit: Kosmo

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Dituduh Sailang Job Host ICSYVMY5, Izzue Islam Akui Dah Minta Restu Sean Lee

Facebook

Telegram