Dituduh Selingkuh Dengan Lelaki Lain, Wanita Penat Pertahan Rumah Tangga

Setiap individu yang sudah mendirikan rumah tangga pasti mahukan perkahwinan bahagia dan juga berkekalan. Antara kunci sebuah rumah tangga yang gembira adalah sikap percaya, setia dan bertanggungjawab menjalankan peranan masing-masing. Namun kebelakangan ini, kerap kali kisah-kisah keruntuhan sebuah perkahwinan berlegar di media sosial. Seperti sebuah perkongsian daripada seorang wanita ini yang dipercayai peserta sebuah rancangan realiti televisyen.

BACA: Digantung Tak Bertali Saat Sarat Mengandung, Wanita Rayu Suami Lepas Cara Baik

Difitnah bermain kayu tiga punca perpisahan

Wanita yang dikenali sebagai Szeriena Rashad itu telah memuat naik posting tersebut di laman Facebook. Niatnya hanya untuk meluahkan apa yang terbuku di hati kerana sering difitnah oleh bekas suaminya mengenai perpisahan mereka berdua. Jelasnya, lebih banyak detik derita daripada bahagia dilalui seorang diri sepanjang 4 tahun usia perkahwinan mereka. Malah ia tidak seindah yang disangka. 

Advertisement

Jarang sekali mengeluarkan wang belanja untuk keluarga

Sepanjang itu, mereka berdua seperti sudah bertukar tanggungjawab apabila hanya wanita berkenaan yang sering mengeluarkan wang belanja untuk menyara kehidupan. Bukan itu sahaja, perempuan tersebut juga sering dijadikan tempat melampiaskan kemarahan sehingga kerap kali tertekan. Bekas suaminya itu juga sering pulang ke rumah dalam keadaan berbau minuman keras serta sering mengabaikan dirinya yang hamil anak kedua mereka. 

Advertisement

Advertisement

Berniaga secara kecil-kecilan untuk tampung kehidupan

Tidak cukup dengan itu, Szeriena telah melakukan pelbagai jenis pekerjaan termasuklah berniaga secara kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan mereka tiga beranak. Tapi apa yang diperoleh hanyalah caci-maki dan juga tuduhan bermain kayu tiga oleh lelaki berkenaan. Walhal dia hanya keluar untuk berjumpa dengan pelanggan atas urusan perniagaan. 

Advertisement

Suami jatuhkan talak 1 selepas lama tidak bertegur

Sehinggalah suatu hari bekas suaminya itu nekad untuk berpisah dengan menjatuhkan talak 1 selepas hampir sekian lama tidak bertegur dan tidur berasingan. Walaupun kini lelaki itu datang kembali untuk menagih kasihnya dan anak-anak, namun wanita berkenaan sudah serik dan juga tawar hati untuk berbaik. Cukuplah selama ini dia bertahan dengan segala penderitaan yang telah dilalui berseorangan. 

Advertisement

Sumber: Facebook Szeriena Rashad

Advertisement

Apa Komen Anda?