Gemar melontarkan punchline lawak kemudian ketawa, itulah gaya biasa yang seakan-akan menjadi ‘identiti rasmi’ Jep Sepahtu. Baik ketika bertugas sebagai DJ radio ataupun sedang beraksi di pentas siaran langsung rancangan komedi, barisan peminat setianya sudah begitu sinonim dengan pembawaan karakter pelawak terkenal ini.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Kenapa macam Jep? Eh janganlah samakan, nanti orang tu marah…Saya memang macam gini
Namun sekitar bulan lalu, ada beberapa individu menjadi tular kerana dikatakan mempunyai gaya ketawa yang sama dengan Jep Sepahtu. Antaranya adalah pengguna TikTok Ayiematpiah di mana lenggok percakapannya juga memang agak mirip.
@ayiematpiah kenapa ek? btw welcome back my first account.. terima kasih ma bro jibby yg bantu 🙏🏻
@ayiematpiah Balas kepada @imantroye penyodok dua serupa kot.. tp sudikah awak jadikan saya teman
Video TikTok tu pun dah 3 bulan lepas…Kalau betul nak try hard, saya dah buat hari-hari
Namun bagi saudari Maziah Razak pula, dia telah menerima kecaman selain dituduh sengaja meniru gaya pelawak berkenaan kononnya demi meraih view. Tergamam dengan tuduhan tidak masuk akal tersebut yang mula tercetus daripada sebuah video lama, gadis ini tenang memberikan jawapan balas selain berseloroh mungkin dia perlu menukar gaya gelak selepas ini.
@maziahrazak_ #stitch with @Deborah yowa Kriuk kriuk betul akak makan ikan tu #fypシ
@maziahrazak_ Reply to @naimngabidin lepasni saya tukar cara gelak saya ea.
@maziahrazak_ Reply to @aan_mahiran Saya dah takut nak gelak kat tiktok lagi 🥺
Jep punya gelak tu ada copyright ke?…Aku pergi stalk video lama dia memang gelak macam tu
Melalui ruangan komen, ramai netizen menyifatkan cara gadis itu ketawa agak natural dan kebetulan memang mirip dengan Jep Sepahtu tanpa unsur ‘buat-buat’. Tidak sangka hal remeh itu boleh menjadi isu besar, mereka berharap semoga tuan badan tidak dikecam lagi.
Kredit : TikTok ayiematpiah & maziah razak
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
