Viral

Diugut Jika Tak Ikut Kemahuan, Bapa Tergamak ‘Ratah’ Anak Baru Habis Pantang

Diugut Jika Tak Ikut Kemahuan, Bapa Tergamak ‘Ratah’ Anak Baru Habis Pantang

Sharing is caring!

Bagaikan haruan makan anak. Itulah perumpamaan yang sesuai digambarkan dengan sikap tidak berhati perut seorang lelaki bargelar bapa ini. Demi memuaskan nafsu serakah sendiri, dia tergamak ‘meratah’ anak kandungnya yang dikatakan baru sahaja habis berpantang selepas melahirkan bayi pada bulan lalu.

BACA : Jangan Tukar Baju Depan Anak, Ibu Bapa Perlu Peka Sebelum Terlambat


Bapa tergamak ‘ratah’ anak baru habis pantang..

Memetik laporan daripada Harian Metro, suspek berusia 54 tahun terbabit kini direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Kangar susulan kejadian yang berlaku di kediamannya di Utan Aji, Perlis sekitar pertengahan bulan lalu. Majistret Kamaliza Md Zain membenarkan permohonan berkenaan selepas suspek ditahan polis semalam di tapak parking sebuah pusat perubatan bagi membantu siasatan.

Diugut Jika Tak Ikut Kemahuan, Bapa Tergamak ‘Ratah’ Anak Baru Habis Pantang
Kredit Foto : Harian Metro

Siap ugut jika tak dituruti permintaannya..

Difahamkan, suspek turut mengugut mahu mencederakan bayi wanita berusia 20 tahun berkenaan jika permintaannya tidak dituruti. Bimbang dengan ugutan serta keselamatan si anak, wanita berkenaan terpaksa merelakan desakan bapanya untuk ‘bersama’ ketika suami tiada di rumah.


Diugut Jika Tak Ikut Kemahuan, Bapa Tergamak ‘Ratah’ Anak Baru Habis Pantang
Gambar Sekadar Hiasan

Tak tahan asyik dipaksa buat perkara tak senonoh, wanita nekad buat laporan polis

Tidak tahan dengan perbuatan bapanya yang sering memaksa melakukan perbuatan terkutuk tersebut, dia kemudian bertindak membuat laporan polis. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar iaitu Superintenden Wari Kiew turut mengesahkan tragedi berkenaan namun enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Diugut Jika Tak Ikut Kemahuan, Bapa Tergamak ‘Ratah’ Anak Baru Habis Pantang
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!