Hiburan

Disakat Ketika Ambil Mood Menangis, Wan Sharmila ‘Angin’ Dengan Usikan Syazwan

Disakat Ketika Ambil Mood Menangis, Wan Sharmila ‘Angin’ Dengan Usikan Syazwan

Meskipun ‘7 hari Mencintaiku 2’ berakhir beberapa hari lepas, peminat bagaikan masih tidak move on dengan drama berkenaan. Kini, hampir kesemua pelakon drama tersebut sudah mula menjalani tugas untuk projek baru masing-masing. Akan tetapi, ada yang masih bertuah kerana berpeluang untuk berganding semula seperti Syazwan Zulkifli dan Wan Sharmila ini.

BACA: Penat Hadap Dugaan Perkahwinan, Helmi & Sofi Teruja Bakal Timang Cahaya Mata

Baru nak ambil mood untuk menangis, Syazwan tak habis-habis nak menyakat manja dengan Wan Sharmila

Melalui Instagram, Syazwan Zulkifli sempat berkongsi sedikit behind the scene untuk telemovie baru bertajuk ‘Kala Malam’. Ketika Wan Sharmila atau lebih mesra disapa sebagai Lala sedang mendalami mood untuk menangis, pelakon lelaki berusia 33 tahun itu tidak habis-habis mengusik untuk mengalihkan fokusnya. Dia malah berseloroh bahawa pengarah untuk telemovie berkenaan iaitu Hashim Rejab juga sudah naik pening melihat keletah mesra dan manja mereka berdua.

Setiap kali berjumpa mesti nak bergurau manja… memang matching & elok disatukan saja dorang ni

Naik geram dengan segala usikan, wanita berusia 39 tahun itu bertindak menepuk tubuh lelaki berkenaan sebanyak 2 kali. Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat adegan usikan manja mereka berdua. Tidak kurang juga, peminat pelakon watak Helmi & Sofi ini malah sempat berseloroh supaya mereka mempunyai jodoh bersama.


Disakat Ketika Ambil Mood Menangis, Wan Sharmila ‘Angin’ Dengan Usikan Syazwan

Disakat Ketika Ambil Mood Menangis, Wan Sharmila ‘Angin’ Dengan Usikan Syazwan


Disakat Ketika Ambil Mood Menangis, Wan Sharmila ‘Angin’ Dengan Usikan Syazwan Disakat Ketika Ambil Mood Menangis, Wan Sharmila ‘Angin’ Dengan Usikan SyazwanDisakat Ketika Ambil Mood Menangis, Wan Sharmila ‘Angin’ Dengan Usikan Syazwan

Sumber: IG Syazwan Zulkifly

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Disakat Ketika Ambil Mood Menangis, Wan Sharmila ‘Angin’ Dengan Usikan Syazwan

Facebook

Telegram