Inspirasi Cinta Viral

Doktor Cantik Selalu Singgah Gerai, Peniaga Char Kuetiau Tak Sangka Berjodoh

Doktor Cantik Selalu Singgah Gerai, Peniaga Char Kuetiau Tak Sangka Berjodoh

Cakap sahaja pasal jodoh, tidak ada orang pun tahu dengan siapa mereka akan disatukan. Sehingga hari ini, banyak kisah pertemuan suami isteri yang tak disangka-sangka. Setiap pasangan lain ceritanya membuatkan kronologi percintaan masing-masing mempunyai keistimewaan sendiri.


BACA: Pengantin Hampir Diterkam, Netizen Terhibur Mak Kuat Melatah Asyik Diusik

Dulu abang niaga char kuetiau, ada awek ni selalu datang…Abang aku try ngorat, rupanya doktor

Tular sebuah video di akaun TikTok haidahrl_ selepas dia berkongsi cerita mengenai kisah percintaan abangnya yang baru sahaja berkahwin. Terdahulu, si abang sebelum ini berniaga char kuetiau di tepi jalan dan akhirnya berjumpa jodoh dengan pelanggannya sendiri. Siapa sangka wanita yang sering datang ke gerai dan berjaya menambat hati lelaki tersebut rupa-rupanya adalah seorang doktor.


Doktor Cantik Selalu Singgah Gerai, Peniaga Char Kuetiau Tak Sangka Berjodoh

@haidahrl_

Dulu abang aku niaga char kuew teow tepi jalan, ada awek ni selalu datang gerai dia. Abang aku pun try try ngorat, rupa rupanya dia tu doktor 😂

♬ Dondang Dendang – Noraniza Idris

Pengantin masak char kuetiau instead potong kek sebagai simbolik perkenalan

Menerusi perkongsian capieq pada hari istimewa pasangan mempelai berkenaan, upacara memotong kek tidak dilangsungkan seperti mana pengantin lain. Ia malah digantikan dengan aksi pengantin lelaki memasak char kuetiau di sebelah meja makan beradabnya sebagai simbolik perkenalan mereka.


@capieq

❌ potong kek ✅ char kuew tiaw

♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

Doktor Cantik Selalu Singgah Gerai, Peniaga Char Kuetiau Tak Sangka Berjodoh

Handsome weh patutlah doktor tu berkenan…Kena selalu makan char kuetiau

Sejak dikongsikan semalam, video itu telah meraih 2.1 juta jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kekacakkan pengantin lelaki. Mereka juga sempat berseloroh akan sering membeli char kuetiau selepas ini bagi mencari jodoh yang masih belum ditemui.

Doktor Cantik Selalu Singgah Gerai, Peniaga Char Kuetiau Tak Sangka Berjodoh

Doktor Cantik Selalu Singgah Gerai, Peniaga Char Kuetiau Tak Sangka Berjodoh

Doktor Cantik Selalu Singgah Gerai, Peniaga Char Kuetiau Tak Sangka Berjodoh

Doktor Cantik Selalu Singgah Gerai, Peniaga Char Kuetiau Tak Sangka Berjodoh

Kredit: TikTok haidahrl_ & TikTok capieq

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Doktor Cantik Selalu Singgah Gerai, Peniaga Char Kuetiau Tak Sangka Berjodoh

Facebook

Telegram