“Doktor Kata Gugur, Tapi..” – Lepas Operate Tumor, Ibu Ini Lahir Anak Masa Koma

Setiap ibu yang hamil pastinya teruja saat menunggu hari kelahiran anak mereka. Walaupun kandungan masih lagi awal, tapi ada sesetengah orang yang mahu memastikan semua keperluan bayi tersedia. Namun keadaan berbeza telah menimpa seorang ibu bernama Kamareeyah Arwae ini apabila anaknya lahir ketika dia sedang koma. Perkara itu didedahkan sendiri oleh jiran mereka menerusi Facebook.

Baca : Tidak Pernah Haid Seumur Hidup, Wanita Ini Dedah Pengalaman Hidup Tanpa Rahim!

Masih koma sehingga sekarang…

Walaupun mereka tidak meminta perkara ini terjadi, namun semuanya berlaku atas ketentuan Allah. Disahkan menghidap tumor dalam kepala pada bulan Disembar 2018, Kamareeyah terpaksa akur untuk menjalani 0peration.

Operation czer dilakukan dalam keadaan koma…

Tak cukup dengan ujian tersebut, suatu perkara menakjubkan berlaku apabila Kamreeyah disahkan hamil ketika dia menjalani operation kali pertama. Mungkin ramai yang tertanya dengan kandungan itu. Namun, syukur Alhamdulillah kerana semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.

Kak Yah perlu diberi susu khas…

Namun begitu, kehidupan suami isteri ini terus diuji dengan kesempitan hidup. Suami Kamareeyah iaitu Fairol Haziri tidak dapat keluar bekerja kerana perlu menjaga isterinya yang terlantar di rumah. Dalam meringakan beban keluarga ini, pihak-pihak yang berkaitan boleh juga memberikan bantuan seikhlas hati. 

Pakaian lama boleh disedekahkan kepada anak-anak…

Bukan sekadar menghulurkan bantuan daripada segi wang ringgit, malahan bantuan berbentuk barang keperluan untuk Kamareeyah dan anak-anak kecilnya juga digalakkan untuk meringankan beban.

Selepas mendengar berita kesusahan yang melanda keluarga ini, netizen juga berasa terkejut dengan hakikat bahawa Kamareeyah boleh melahirkan bayi dalam keadaannya yang koma. Ramai juga yang menzahirkan rasa kasihan sekaligus menitipkan doa agar dia diberi kesembuhan secepatnya.

Kesiannya…tak mampu nak bagi bantuan kewangan…Hanya doa diberikan

Berilah peluang untuknya sembuh dan menjaga anaknya

Dalam keadaan tak sedarkan diri, masih boleh mengandung dan melahirkan…

Sumber : Facebook Syira Nur Syahira

Apa Komen Anda?