“Doktor Lambat Detect”-Lelaki Terduduk Bila Tahu Hayat Tunang Cuma Ada 2 Minggu

Kehilangan orang tersayang pastinya memberikan satu perasaan hiba yang tak terkata, apa lagi jika seseorang itu bakal menjadi teman hidup hingga ke hari tua. Jika orang lain menghitung hari menantikan detik berbahagia bergelar raja sehari selepas selamat bertunang, namun tidak pula bagi sepasang tunangan ini yang kini diuji dengan satu dugaan yang tak terhingga. 

BACA: Ajal Menjemput Ketika Cari Duit Kahwin, Ini Luahan Sayu Bakal Tunang

Disahkan ada barah 0vari. Hayat tinggal 2 minggu 

Baru sahaja mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos lalu, kini Aidil Haiqal terpaksa menelan hakikat pahit bahawa tunangnya, Nur Jannah yang dikenali sejak kecil disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian ovari yang boleh membawa risiko ajaI. Apa yang membuatkan lelaki berusia 20 tahun ini bertambah sedih apabila diberitahu tunangnya hanya mempunyai baki hayat selama 2 minggu sahaja lagi atau paling lama pun mungkin dapat bertahan selama sebulan. 

Gambar sekadar hiasan

HospitaI di Johor bagitahu ada cyst yang masih kecil 

Terkilan, sedih. Semua perasaan itu dirasai Aidil kini. Dia berasa sangat terkilan apabila pihak hospitaI yang memeriksa keadaan Nur Jannah pada mulanya gagal mengesan keadaan tidak kena dengan tunangnya itu. Jika dapat dikesan, pasti gadis itu masih boleh diselamatkan. 

HospitaI di Kluang sahkan ketumbukan Nur Jannah dah pecah & merebak

Gambar sekadar hiasan

Kisah yang menimpa sepasang tunangan ini mula menjadi perhatian netizen selepas sepupu kepada Nur Jannah, Aina berkongsikan keadaan menimpa gadis itu ke Twitter. Melalui thread tersebut juga, Aina telah berkongsi beberapa kepingan foto memaparkan potongan perbualannya dengan seseorang yang melaporkan keadaan terkini Nur Jannah. 

Mohon doakan dia kuat dan tabah

Kuman barah dah merebak. Usus dah banyak boc0r

Perut dibeIah patut dah nampak usus. Tapi semua dah tak nampak

Ada perubahan positif lepas operation

Terkini, Nur Jannah telah selamat menjalani operation menampal ususnya pada Khamis lalu dan perubahan positif dalam dirinya mula kelihatan. Dia sudah boleh bercakap serta minum dengan elok. 

Alhamdulillah.. hari ni dia kuat berbual

Nak habiskan masa jaga tunang.. masa yang suntuk je ada

Walau bagaimanapun, berita tentang baki hayatnya selama dua minggu tidak pula diketahuinya kerana Aidil dan keluarga telah sepakat tidak ingin gadis itu tahu tentang hal tersebut. Dalam pada itu, Aidil yang bekerja di Singapura telah bercadang mengambil cuti panjang untuk manjaga tunangannya itu. Malah dia sudah bersedia untuk berhenti kerja sekiranya cutinya tidak diluluskan. 

Sumber: Twitter hAIENNAA, mStar Online

Apa Komen Anda?