“Doktor Tak Bertudung Tu La Yang Tolong Ainul. Doktor Lain Mana, Iron Tudung?”

Sejak berita tentang adik Ainul berjaya dibuang tumor berjalan lancar minggu lalu, nama Dr. Amalina tidak putus-putus menjadi bualan ramai. Gara-gara inisiatif yang digerakkan oleh pelatih pakar bed4h ini, bayi berusia 9 bulan itu sedang semakin pulih dari hari ke hari. Pun begitu, ada juga netizen yang tidak habis-habis memandingkan Dr. Amalina dengan para doktor yang lain seperti individu di laman Facebook baru-baru ini.

BACA: Berkat Ibu Selalu Amalkan Yasin 7 Mubin Antara Rahsia Adik Ainul Terus Kuat!

Doktor tak bertudung tu la yang tolong Ainul…doktor lain mana, iron tudung?

Perbandingan itu dilihat seolah-olah merendahkan kredibiliti atau tanggungjawab semua doktor yang bekerja keras walau di mana mereka berada. Semalam, Dr Amalina ada memberikan respon peribadinya terhadap status tersebut.

Janganlah dibandingkan mana-mana doktor…yang penting rawatan dah berjaya

Selain itu, turut terpanggil untuk memberikan pendapat adalah saudara Najmuddin yang juga merupakan seorang dentist serta suami kepada seorang doktor di laman FB miliknya beberapa hari yang lalu.

Doktor lain tu lah yang berkhidmat pada rakyat Malaysia siang & malam

Sedap mulut kau ye…seolah-olah doktor lain kat Malaysia tak buat apa-apa

Diorang sanggup berk0rban rupa…kadang tak sempat bersiap pun

Balik kerja selalu dapat call…jangan hairan tengok doktor serabai

Mereka tak kisah jadi hero tak didendang…

Bangga ada Dr. Amalina…semoga Ainul semakin sembuh

Rentetan daripada perkongsian panjang itu, rata-rata netizen turut mengecam status yang ditulis oleh individu yang memperlekeh tugas mereka yang bekerja di bidang kesihatan.

Nak puji, puji lah…tapi nak mengeji orang lain tu apa hal?  

Jangan kutuk…manusia tak semua sempurna

Tak payah buat perbandingan…tabik spring untuk semua doktor

Sumber: IG Dr Amalina & FB Najmuddin Mohamad

Apa Komen Anda?