Family Kesihatan

Doktor Tegur Ibu Jangan Terlalu Ikut Perasaan, Bawa Bayi Shopping Di Pasaraya

Doktor Tegur Ibu Jangan Terlalu Ikut Perasaan, Bawa Bayi Shopping Di Pasaraya

Sharing is caring!

Seperti yang dimaklumkan oleh pihak kerajaan, masyarakat sudah dibenarkan membeli barang keperluan tanpa terhad kepada seorang wakil keluarga sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Namun begitu, terdapat sesetengah ibu bapa membawa anak atas alasan risau untuk ditinggalkan di rumah sendirian walaupun sanggup merisikokan tahap kesihatan masing-masing. Terjadi di depan mata sendiri, isu tersebut nyata mendapat perhatian Dr. Sakinah Sulong.

BACA: Tayar Pecah & Terbabas Di Lebuhraya, 2 Beradik Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata


Doktor Tegur Ibu Jangan Terlalu Ikut Perasaan, Bawa Bayi Shopping Di Pasaraya

Risau sebab tadi anak menangis dalam kereta

Semasa bertandang ke sebuah pasar raya semalam, beliau terlihat sepasang suami isteri muda membawa bayi kecil bersama. Gara-gara tak senang melihat trend tersebut, pakar perubatan ini akhirnya menegur mereka yang kemudiannya memaklumkan berasa risau apabila si anak menangis sejak daripada dalam kereta lagi.

Doktor Tegur Ibu Jangan Terlalu Ikut Perasaan, Bawa Bayi Shopping Di Pasaraya

Doktor Tegur Ibu Jangan Terlalu Ikut Perasaan, Bawa Bayi Shopping Di Pasaraya
Gambar Sekadar Hiasan

Jangan terlalu ikutkan perasaan dan kehendak sendiri

Selain menyediakan keperluan untuk anak, orang ramai terutamanya ibu bapa perlulah menilai situasi dengan bijak agar keselamatan semua ahli keluarga dititikberatkan. Doktor itu menasihati masyarakat agar jangan terlalu ikut perasaan hingga sanggup menafikan kepentingan melindungi diri daripada ancaman wabak COVID-19. Malah bersempena ‘Hari Ibu’ yang disambut seluruh dunia pada semalam pula, beliau turut berharap agar semua yang memegang status berkenaan supaya bijak membuat keputusan terbaik demi zuriat masing-masing.


Doktor Tegur Ibu Jangan Terlalu Ikut Perasaan, Bawa Bayi Shopping Di Pasaraya

Doktor Tegur Ibu Jangan Terlalu Ikut Perasaan, Bawa Bayi Shopping Di Pasaraya
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: FB Sakinah Sulong


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!