Kejadian anak memasukan benda bukan-bukan dalam hidung bukan lagi perkara pelik. Kalau tidak memasukkan ke dalam hidung, mungkin mereka akan menyumbat objek tertentu ke dalam mulut mahupun telinga. Dek kerana mereka sedang aktif untuk meneroka keadaan sekeliling, penjaga harus memberikan perhatian dan kawalan penuh supaya tidak mendatangkan risiko. Jika terleka walau sesaat, mungkin berlaku kejadian seperti dialami seorang ibu ini.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Jatuh pun tak, demam pun tak.. tiba-tiba je macam ni
Terbaharu menerusi perkongsian di Facebook, doktor bernama Redza Zainol telah berkongsikan satu pengalaman ngeri yang dialami oleh seorang kanak-kanak berusia 9 tahun. Menurut ibunya, tanpa mengetahui punca tiba-tiba sahaja hidung anaknya mengeluarkan cecair merah pekat. Bimbang sesuatu berlaku, dia kemudian bergegas membawa kanak-kanak itu ke pusat perbuatan berdekatan sebelum dirujuk ke bahagian pakar telinga, hidung dan tekak (ENT).

Rupa-rupanya dah 3 tahun dadu tersumbat masuk dalam hidung..
Siapa sangka selepas melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan bahawa terdapat sebiji dadu yang tersumbat di dalam hidung kanak-kanak berkenaan. Terkejut dengan berita tersebut, ibunya terus mendesak bertanyakan mengenai hal itu. Si kecil berkenaan mendedahkan kejadian berlaku sekitar 3 tahun lalu ketika dia hanya bermain dengan memasukan dadu itu ke dalam hidungnya.

Dudukkan anak & minta dia tundukkan kepala..
Dalam pada itu, Dr Redza turut berkongsi beberapa tips berkesan yang perlu dilakukan oleh para ibu bapa jika hidung anak mengalami komplikasi. Antaranya, elakkan daripada mendongak dan sebaliknya minta mereka untuk menundukkan kepala.

Sumber : Facebook Redza Zainol
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
