Hiburan Inspirasi

Dari Nikah Sampai Beranak, Niena Baharun Kongsi Manfaat Sebumbung Dengan Mentua

Dari Nikah Sampai Beranak, Niena Baharun Kongsi Manfaat Sebumbung Dengan Mentua

Selain simpanan wang dan kenderaan, soal pemilihan tempat tinggal juga sangat mustahak apabila setelah masuk ke alam rumah tangga. Malah seandainya diberi pilihan sama ada mahu duduk bersama keluarga sendiri ataupun mentua, pasti rata-rata masyarakat lebih selesa untuk memiliki privasi sendiri. Namun begitu, lain pula kisahnya dengan pelakon wanita yang terkenal dengan watak Husna menerusi drama bersiri ‘Jangan Benci Cintaku’.

BACA: “Dulu Bapak Aku Talakkan Mak Sebab Keluarga Mentua, Sekarang Aku Dah Kahwin..” 

Dari Nikah Sampai Beranak, Niena Baharun Kongsi Manfaat Sebumbung Dengan Mentua

Dari kahwin, mengandung…sampai la habis pantang duduk dengan mentua


Bagi yang tidak tahu, Datin Niena Baharun telah berkahwin dengan Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim pada 1 Februari 2018 dan dikurniakan anak sulung yang diberi nama Adiel Mikail. Menerusi posting di laman Instagram miliknya, Niena menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan keluarga mentua yang cukup penyayang. Malah dia berasa cukup bahagia apabila berpeluang tinggal di kediaman keluarga suaminya itu dari awal berkahwin hinggalah selesai tempoh berpantang.

Dari Nikah Sampai Beranak, Niena Baharun Kongsi Manfaat Sebumbung Dengan Mentua

Dari Nikah Sampai Beranak, Niena Baharun Kongsi Manfaat Sebumbung Dengan Mentua

OK ke tinggal sebumbung dengan mentua?


Memandangkan rata-rata masyarakat sering dimomokkan keluarga mentua biasanya bersikap dingin lebih-lebih lagi kepada menantu wanita, Niena kerap diajukan soalan sedemikian di laman media sosial miliknya. Mengulas persoalan itu, wanita berusia 26 tahun ini cuma memberitahu bahawa setiap ‘tetamu’ mesti pandai menyesuaikan diri serta mengambil hati ‘tuan rumah’ untuk memastikan hubungan kekal rapat dalam jangka masa panjang.

Dari Nikah Sampai Beranak, Niena Baharun Kongsi Manfaat Sebumbung Dengan Mentua

Banyak manfaat…boleh rujuk terus mentua kalau ada masalah

Tambah Datin Niena lagi, sebenarnya terdapat banyak kelebihan kepada suami isteri jika menetap di bawah bumbung yang sama dengan ibu bapa mentua. Memandangkan merekalah orang yang paling mengenali suami, jadi dia boleh terus mendapatkan nasihat atau tips andainya berlaku sebarang masalah. Di hujung corentannya pula, Datin Niena menitipkan doa agar kedua-dua ibu bapa suaminya itu agar sentiasa berada di bawah perlindungan Allah S.W.T.


Dari Nikah Sampai Beranak, Niena Baharun Kongsi Manfaat Sebumbung Dengan Mentua

Dari Nikah Sampai Beranak, Niena Baharun Kongsi Manfaat Sebumbung Dengan Mentua

Sumber: IG nienabaharun.nb

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Dari Nikah Sampai Beranak, Niena Baharun Kongsi Manfaat Sebumbung Dengan Mentua

Facebook

Telegram