Keibubapaan Family Kesihatan

Dr Say Minta Perhati Anak-Anak, Suka Tutup Telinga Antara Tanda Awal Autisme

Dr Say Minta Perhati Anak-Anak, Suka Tutup Telinga Antara Tanda Awal Autisme

Terdahulu, Dr Say dan isteri telah menerima satu berita menyedihkan apabila putera sulungnya disahkan mengalami autisme. Selaku seorang public figure, beliau rasa terpanggil untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai perkara ini dan beberapa tanda awal yang boleh dikenal pasti.


BACA: Perlu Teliti Petanda Anak Autisme, Kelakuannya Boleh Mencederakan Diri Mereka

Seawal 18 bulan dan boleh kesan dah…Kalau boleh janganlah skip pemeriksaan saringan di klinik kesihatan

Setelah berkongsi mengenai masalah kesihatan Ace, doktor lelaki ini menerima banyak direct message daripada netizen melalui akaun Instagram miliknya. Dr Say mengambil kesempatan itu mengingatkan ibu bapa agar tidak lupa membawa anak ke klinik kesihatan bagi mengikuti pemeriksaan saringan seperti yang telah dijadualkan oleh pegawai kesihatan.


Hati kecil saya masih berharap Ace akan normal…Patutlah Ace suka tutup telinga

Walaupun Dr Say cuba untuk menerima suratan takdir, jauh dari sudut hatinya dia amat berharap agar anak sulungnya itu dapat kembali normal. Dalam pada itu, beliau juga ada berkongsikan beberapa petanda yang dikenal terhadap diri Ace sebelum ini. Antaranya ialah si kecil sering menutup telinganya walaupun suasana sekeliling tidak bising, buka penutup botol menggunakan mulutnya dan sangat memilih dalam bab makanan.


Mak ayah cakap Ace normal je…Ayah mentua pun siap cakap biar je sampai 4 tahun

Dalam posting ke-3 mengenai mild autism, bapa kepada 2 orang anak ini ada mendedahkan bahawa ibu bapanya sering bertegas menyatakan cucunya itu normal. Ayah mentuanya pula amat yakin jika Ace dibiarkan sehingga usia 4 tahun, dia pasti boleh menjadi seperti kanak-kanak lain. Pun begitu, Dr Say amat bersyukur mempunyai isteri yang cukup peka terhadap tingkah laku anak-anak mereka.

Dr Say Minta Perhati Anak-Anak, Suka Tutup Telinga Antara Tanda Awal Autisme

Sumber: Portal Gempak & Instagram say_shazril

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Dr Say Minta Perhati Anak-Anak, Suka Tutup Telinga Antara Tanda Awal Autisme

Facebook

Telegram