Drama Happy Ending, Rupanya Ini Ulasan Mira Filzah Lepas Tamat ‘Adellea Sofea’

Karya arahan Shahrulezad Mohamed ini sememangnya mencetus fenomena yang tersendiri apabila sering menjadi bualan oleh netizen di segenap media sosial. Drama ‘Adellea Sofea’ sepanjang 28 episod ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mira Filzah, Ungku Ismail, Fizo Omar dan Jasmine Suraya. Bertemakan cinta dan kekeluargaan, drama ini nyata menyajikan pelbagai kejutan sehingga berjaya membuai emosi penonton.

BACA: [FOTO] Viral Wajah Baby Macam Sedang Selfie, Mira Filzah Pun Ikut Teruja Sama

Advertisement
View this post on Instagram

"Hati awak takkan terluka lagi. Itu janji saya pada awak". . Yeahhh Fir dah sedar. Atau ini sekadar mimpi? 😂 Yang penting dapat jugak akhirnya tengok Fir pakai baju warna lain. Pakej ada bunga2 lagi hahahahaaa! 😆 . Jangan lupa saksikan ADELLEA SOFEA #EpisodAkhir di slot Akasia TV3 Setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam. . Dibintangi oleh @mfmirafilzah @ungkuismailaziz @jasmine_suraya @fizoomar @belladally @josiahhogan @ucheefukada @imanzulkarnain91 @little_imans @fazlinaahmaddaud @royazman30 @sharisaharis @kazar35 Terbitan : @radius.one Arahan : @budakijat . _ OST ADELLEA SOFEA – 🎶 TENTANG RAHSIA @jud1ka @shahilaamzah 🎶 SYARAT BAHAGIA @dindapermata174 🎶 SELALU DENGANMU @amyleaazizan @mynameiskaer 🎶 BAGAI LAGU INDAH @adzrinamrddin . #AdelleaSofea #AS #AkasiaTV3 #Akasia #MiraFilzah #Sofea #UngkuIsmailAziz #Fir #BellaDally #JasmineSuraya #FizoOmar #DramaTV3 #SlotAkasia #dramaadaptasinovel #NaqiuGV6 #DramaSangat #Kampungpeople #Cindai #tqcaptain #dramaSweetDreams #LaraSyakila #RadiusOne #Lunaskinz #DramaViral #nonatv3 #TetapSetiaWalauHatiTerluka #artismalaysia #ShahilaAmzah

A post shared by 👰 ADELLEA SOFEA 👰 (@_adelleasofea) on

Advertisement

Segalanya sudah terbongkar

Beralih ke episod terakhir semalam, satu demi satu persoalan akhirnya terungkai apabila Ilya iaitu adik kepada Firdaus berjaya membongkar siapakah suspek yang memukul abangnya sehingga k0ma. Penonton juga nampaknya boleh menarik nafas lega apabila Ikram sendiri telah mengaku bahawa dia adalah dalang yang cuba merosakkan hubungan Firdaus dan Sofea sekali gus dijatuhkan hukuman oleh pihak mahkamah. Lebih menarik, masalah itu telah menjadi punca keluarga besar mereka kembali bersatu.

 

Advertisement

Tiada istilah salah membuat pilihan dalam hidup

Tidak cukup dengan itu, Mira Filzah di Instagram ada memuat naik ulasan mengenai drama berkenaan. Pemegang watak Sofea ini memberitahu karya tersebut begitu dekat dengan kehidupan manusia yang bergantung kepada ketentuan Illahi. Ujarnya, tiada istilah salah dalam membuat pilihan kerana segalanya pasti mempunyai hikmah di sebaliknya. Malah, setiap ujian itu mematangkan manusia dan kita perlulah sentiasa berusaha serta berdoa agar diberikan kesudahan hidup yang indah.

Advertisement

Sumber: Instagram mfmirafilzah & _adelleasofea

 

Advertisement

Apa Komen Anda?