Dua Beradik Main Sorok-Sorok, Kini Giliran Risteena Enggan Dedah Rupa Boyfriend

Kalau sebelum ini Ruhainies, yang juga pelakon terkenal enggan mendedahkan wajah cinta hati walaupun setelah sekian lama bercinta kerana bimbang disambar orang. Walau bagaimanapun, rupa lelaki tersebut akhirnya terbongkar selepas satu gambar dirinya menghadiri majlis keraian tersebar.  Nampaknya taktik yang sama digunakan oleh kakaknya apabila turut merahsiakan identiti serta wajah si jejaka. 

BACA: [FOTO] Ex-Boyfriend Jadi Pengapit Kahwin, Kini Bercinta Dengan Kawan Baik Pula

Takda selera tapi selalu ada orang teman dan suap makan

Menjengah ke laman Instagram milik pelakon wanita tersebut sempat memuat naik satu video bersama ‘boyfriend’. Namun, rupa lelaki tersebut disorokkan bagi menyembunyikan identitinya. Risteena dan pemuda tersebut terlihat sangat mesra apabila menunjukkan aksi suap-menyuap di hadapan kamera. 

Bangun awal pagi, ambil dan hantar pergi shooting

Beberapa hari sebelum ini, pelakon kelahiran Pulau Pinang itu juga pernah memuat naik satu gambar bunga yang dikatakan pemberian daripada lelaki tersebut. Kelakuan pemuda berkenaan yang disifatkan romantis itu membuat dirinya jatuh cinta. 

Adik beradik suka sorok siapa pakwe eh

Rata-rata peminat suka melihat aksi yang dikatakan sweet itu serta mendoakan yang terbaik buat mereka berdua. Ada juga yang sempat berteka-teki mencari tahu siapakah gerangan si jejaka yang telah berjaya mencuri hati pelakon cantik tersebut.  

Sumber: Instagram Risteena

 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?