Viral

Duduk Diam Pakai Seat Belt, Tak Sangka Si ‘Oyen’ Behave Buat Netizen Geram Pula

Duduk Diam Pakai Seat Belt, Tak Sangka Si ‘Oyen’ Behave Buat Netizen Geram Pula

Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia sangat terhibur dengan kerenah kucing yang digelar sebagai ‘Oyen’. Si comel spesis berbulu oren dikatakan menarik perhatian orang ramai dengan perangai nakalnya. Hal ini kerana, kononnya si manja berkenaan sering menyusahkan dan memeningkan kepala pemilik setiap kali mereka membuat perangai. Akan tetapi, berbeza pula kisahnya bagi si ‘Oyen’ milik wanita ini.

BACA: “Buat Lagu Ke?”- Terserempak Di Warung, Zizan Razak ‘Membahan’ Kembar Tok Ram

Duduk di bahagian seat depan… diam sepanjang perjalanan sampai tak nak keluar kereta

Menerusi akaun pengguna Twitter @j4naee, si comel yang dinamakan sebagai Kentang itu kelihatan sangat comel dengan matanya yang bulat memandang sekeliling. Haiwan berkenaan juga kelihatan sangat baik kerana siap memakai seat belt ketika berada di dalam kereta. Menurut wanita berkenaan, Kentang memang seekor kucing yang baik sehinggakan ia duduk diam sahaja sepanjang perjalanan dan enggan keluar daripada kereta.

Geram betul… macam mana ‘Oyen’ ni boleh behave, siap pakai seat belt lagi

Walaupun disuruh untuk melambai, Kentang buat tidak tahu sahaja akan permintaan pemiliknya itu. Selain memuji kecomelan haiwan berkenaan, ada juga para netizen yang ‘pelik’ dengan si ‘Oyen’ tersebut kerana sebelum ini viral pelbagai kerenah nakal kucing berbulu oren lain di laman media sosial. Secara keseluruhannya, rakaman berkenaan mendapat lebih 88 ribu tontonan dan 6 ribu retweets setakat ini.


Duduk Diam Pakai Seat Belt, Tak Sangka Si ‘Oyen’ Behave Buat Netizen Geram Pula

Duduk Diam Pakai Seat Belt, Tak Sangka Si ‘Oyen’ Behave Buat Netizen Geram Pula


Duduk Diam Pakai Seat Belt, Tak Sangka Si ‘Oyen’ Behave Buat Netizen Geram Pula

Duduk Diam Pakai Seat Belt, Tak Sangka Si ‘Oyen’ Behave Buat Netizen Geram Pula


Sumber: Twitter @j4naee

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Duduk Diam Pakai Seat Belt, Tak Sangka Si ‘Oyen’ Behave Buat Netizen Geram Pula

Facebook

Telegram