Duet Noorshila Amin Gagal & Tak Layak Ke Final, Ifa Raziah Nafi Kesalahannya

Meskipun cuma selangkah lagi tapak untuk mara ke pentas akhir Gegar Vaganza 2019, namun rezeki tidak memihak kepada 2 penyanyi wanita terkenal iaitu Noorshila Amin serta Wann apabila diumumkan terkandas pada hujung konsert malam tadi. Kedua-dua mereka memperoleh markah tercorot apabila gagal menyempurnakan 2 tugasan dalam pusingan kali ini iaitu menyampaikan lagu solo dan juga duet bersama artis jemputan.

BACA: Noorshila Amin & Wann Terkandas, Enam Bintang ‘Hot’ Layak Ke Final GV 2019

Advertisement

“Menurut Bunda, duet kamu gagal” (minit 8:40)

Selaku antara bintang yang konsisten sepanjang pertandingan GV2019, ramai meramal bahawa Noorshila Amin berjaya ke final pada minggu hadapan. Namun begitu, juri profesional Datuk Ramli M. S. dan Hetty Koes Endang menyifatkan duet dirinnya bersama Ifa Raziah untuk lagu ‘Dialah Di Hati’ gagal untuk harmoni dan lebih menjurus ke arah battle song. Perkara itu sekali gus menempatkan dirinya di tangga terakhir dengan kutipan 52% sahaja.

Advertisement

Ifa Raziah ulas kritikan netizen jadi punca Mama Shila tersingkir

Susulan keputusan konsert pada separuh akhir itu, rata-rata netizen mempersalahkan Ifa Raziah sebagai punca peserta kegemaran mereka tidak dapat beraksi di pentas akhir program realiti berkenaan. Menerusi posting terbaru di laman Instagram miliknya pula, penyanyi berusia 44 tahun ini terpanggil untuk mengulas dakwaan serta tohmahan berkenaan.

Advertisement

Dah cuba terbaik….tak reti menyanyi sambil berdiri tegak

Ujarnya, lagu yang pernah dipopularkan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza itu bukan mudah untuk disampaikan dengan sempurna. Namun begitu, dia telah cuba sehabis baik untuk membawakan lagu tersebut dengan cara tersendiri. Meskipun dia merasakan gandingannya layak ke pentas akhir GV2019, namun keputusan juri adalah muktamad dan nampaknya rezeki malam tadi tidak memihak buat Noorshila Amin.

Advertisement

Adat bertanding lah…tapi yang kalah tak semestinya dipersalahkan

Advertisement

Atas penjelasan tersebut, Ifa Raziah menafikan dirinya menjadi punca kegagalan peserta GV 2019 berkenaan kerana dia sendiri mahu yang terbaik untuk rakannya itu. Malah dia turut menegaskan bahawa orang ramai di luar sana agar jangan selalu mencari kesalahan mereka berdua, sebaliknya mendoakan kelangsungan karier masing-masing dalam industri hiburan tanah air.

Advertisement

Sumber: YouTube roudinma, IG ifa_raziah & mStar

Advertisement

Apa Komen Anda?