Isu Semasa Cinta

Dugaan Uyaina, Banjir Saat Buat Doorgift & Gudang Barang Kahwin Juga Tenggelam

Dugaan Uyaina, Banjir Saat Buat Doorgift & Gudang Barang Kahwin Juga Tenggelam

Walaupun banyak kawasan di Selangor kini teruk terjejas dengan banjir besar yang berlaku, perancangan pernikahan selebriti Uyaina Arshad dan pasangannya tetap dilangsungkan semalam. Rupanya-rupanya banyak ujian perlu mereka hadapi di saat sibuk melakukan persiapan perkahwinan sebelum ini.


BACA: Uyaina Arshad & Raja Syahiran Rahsiakan Nilai Hantaran Atas Permintaan Keluarga

Masa tengah buat doorgift dah mula banjir…Kami berdua pula tengah shooting baju (minit 2.40)

Menceritakan perjalanan persiapan perkahwinan kepada pihak Meletop, nasib tidak menyebelahi dua sejoli ini apabila air banjir sudah mula naik pada ketika ahli keluarga sedang membuat doorgift di kediaman kakak Raja Syahiran. Gara-gara banyak jalan sudah tidak boleh dilalui, Ummi serta kakak Uyaina terpaksa bermalam ni rumah bakal kakak iparnya itu.


Dugaan Uyaina, Banjir Saat Buat Doorgift & Gudang Barang Kahwin Juga Tenggelam


Base team deco pula banjir kat Puchong…Gudang yang penuh dengan barang persiapan tenggelam  (minit 4.35)

Ujian demi ujian ditempuhi oleh pasangan ini apabila mendapat berita gudang yang memuatkan barang-barang persiapan perkahwinan mereka di Puchong pula habis tenggelam. Mengenangkan nasib ramai penduduk lain lebih teruk sehingga rumah turut hanyut dalam arus banjir, mereka berdua tetap rasa bersyukur kerana semua ahli keluarganya terselamat.

Dugaan Uyaina, Banjir Saat Buat Doorgift & Gudang Barang Kahwin Juga Tenggelam
Kredit: project2pi
Dugaan Uyaina, Banjir Saat Buat Doorgift & Gudang Barang Kahwin Juga Tenggelam
Kredit: project2pi
Dugaan Uyaina, Banjir Saat Buat Doorgift & Gudang Barang Kahwin Juga Tenggelam
Kredit: project2pi

Kita girls, jual mahal sikitlah…Awal tu dia DM nak ajak kawan dulu (minit 13.03)

Ditanyakan tempoh perkenalan mereka, pengacara wanita dan suaminya sudah pun mula berjumpa semasa bersama-sama menghadiri satu rancangan televisyen. Mula tertarik dengan Uyaina, Raja Syahiran terus mengajak wanita itu untuk berkawan di melalui direct message. 

Kredit: Youtube MeleTop, Instagram RizmanRuzaini & Instagram Uyaina Arshad

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Dugaan Uyaina, Banjir Saat Buat Doorgift & Gudang Barang Kahwin Juga Tenggelam

Facebook

Telegram