Viral Isu Semasa

“Duit EPF Habis Dah, Terkilan” – Tangisan Jemaah Haji Ditipu Agensi Pelancongan

“Duit EPF Habis Dah, Terkilan” – Tangisan Jemaah Haji Ditipu Agensi Pelancongan

Hari Raya Aidiladha bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi dan keterujaan pastinya semakin membuak di hati kita. Namun siapa menduga, ratusan jemaah haji Malaysia dilaporkan terkandas di KLIA sejak pagi Khamis sehingga malam tadi kerana menjadi sasaran penipuan agensi pelancongan yang seharusnya menguruskan pemergian mereka ke Mekah.

BACA : Ibu Isi Tabung Haji Sejak Anak Masih Bayi, 2 Beradik Tunaikan Haji Usia Muda

380 jemaah diperdaya konon dapat menggunakan visa furada

Menurut laporan daripada Sinar Harian, sejumlah 380 orang jemaah telah diperangkap oleh individu tidak bertanggungjawab termasuklah yang mempunyai gelaran ‘Haji’. Tidak melalui Tabung Haji, sebaliknya mereka menggunakan visa furada iaitu visa yang dikeluarkan oleh Kedutaan Arab Saudi (biasanya hanya golongan kenamaan dan pihak tertentu saja boleh perolehinya).

“Duit EPF Habis Dah, Terkilan” – Tangisan Jemaah Haji Ditipu Agensi Pelancongan

“Duit EPF Habis Dah, Terkilan” – Tangisan Jemaah Haji Ditipu Agensi Pelancongan

Siri penangguhan kapal terbang terjadi sebanyak beberapa kali

Kecurigaan itu sebenarnya bermula dengan ‘adegan’ penangguhan penerbangan sebanyak beberapa kali. Berikut merupakan modus operandi serta alasan yang digunakan oleh pihak scammer terbabit sebelum mereka lesap tanpa jejak :

  1. Menjelang hari penerbangan, jemaah langsung tidak ditunjukkan sebarang tiket atau visa furada mereka.
  2. Sepatutnya jemaah haji bertolak ke Jeddah pada hari Selasa, namun dibatalkan kononnya ada isu dokumen tidak lengkap.
  3. Jemaah kemudian diminta datang ke KLIA pada hari Khamis. Dimaklumkan akan terbang pada jam 4.30 petang, namun tangguh lagi ke jam 7.00 malam.

“Duit EPF Habis Dah, Terkilan” – Tangisan Jemaah Haji Ditipu Agensi Pelancongan

“Duit EPF Habis Dah, Terkilan” – Tangisan Jemaah Haji Ditipu Agensi Pelancongan

Yang tipu kami bukan orang lain…Orang Islam yang ada title Haji juga

Tunggu dan terus menunggu, akhirnya segala alasan yang diberikan rupanya memberi jawapan bahawa mereka semua sudah ditipu. Semakan penerbangan terakhir pada hari tersebut tamat pada jam 6 petang dan hingga kini, pasport kesemua jemaah haji masih dalam tangan wakil agensi pelancongan terbabit. Dalam satu temubual, seorang jemaah haji berkongsikan tangisan dan rasa terkilan kerana kepercayaan yang diberi dikhianati begitu saja.

Kredit : IG Sinar & Portal makan lenaSinar Harian

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Duit EPF Habis Dah, Terkilan” – Tangisan Jemaah Haji Ditipu Agensi Pelancongan

Facebook

Telegram