“Duit Ni 3 Bulan Duduk Dengan Aku. Dah Guna Pun, Dia Mesti Datang Balik..”

Walaupun kita semakin mendekati tahun 2020, namun masih ada sesetengah orang yang pemikirannya masih di takuk lama serta tidak senang dengan kehidupan orang lain. Jika sebelum ini terdapat kisah yang didedahkan seorang ustaz mengenai anak patung yang boleh menjadi punca seseorang itu terkena sihir/saka. Namun lain pula ceritanya mengenai perkongsian oleh seorang pemuda bernama Ashmil ini apabila dia diganggu hanya selepas pertemuannya dengan sekeping duit syiling.

BACA: “Aneyy Tingkat 20 Mana Ada Orang..” – Kisah Seram Pekerja Lif Kondo Setapak Ria

Duit ni dah duduk dengan aku sejak bulan 5…dah guna pun mesti muncul balik

Menurutnya, wang yang bernilai 50 sen itu dijumpai di tapak premis perniagaannya sekitar bulan Mei yang lalu. Dan pada malam pertama saja, dia telah didatangkan dengan mimpi yang sangat aneh dan menyeramkan!

Ternampak nenek bongkok muka menyeramkan…terus jatuh pengsan sampai esoknya

Sejak daripada hari tersebut, Ashmil memberitahu bahawa dia sering ternampak kelibat wanita tua itu terutamanya pada waktu-waktu yang dia sendiri pun langsung tidak sangka. Selain itu, dia juga pernah berdepan dengan bermacam situasi yang sangat menggerunkan seperti berdialog dengan ‘makcik tersebut’.

Pernah kena terapung…jatuh sampai ranap katil tu

“Kenapa nak? Takut ke hihi”

Gambar sekadar hiasan

“Takkan nek nak ikut saya balik?”  “Eh lupa dah? Kan kita dah jumpa hari tu..”

Kali ni main ketuk2 pintu pula…tanyalah “mak, abah ke?”

Yang terbaru, ada sebuah lagi kejadian pelik yang berlaku apabila pintu biliknya diketuk kuat pada suatu malam. Selain itu, ibu Ashmil turut memaklumkan bahawa abangnya juga pernah terasa seperti dihempap sewaktu dia sedang tidur pada beberapa hari sebelumnya.

“Semalam abang kau kena himpap masa tidur…kot kau bawa balik ke”

Kalau nampak duit syiling dekat tanah & bukan kita yang jatuhkan jangan ambil. Mungkin ada orang hantar..

Akibat tidak senang dengan beberapa peristiwa yang telah terjadi itu, dia akhirnya mengesyaki bahawa syiling 50 sen itulah punca kepada segalanya. Malah, Ashmil juga berani untuk menguji duit tersebut seperti membacakan surah kepadanya serta beberapa cara yang lain. Selepas perasan bahawa ianya memberikan bermacam tindak balas yang luar biasa daripada jenis syiling yang lain, pemuda ini akhirnya memutuskan bahawa dia akan membawa bahan ‘berhantu’ itu kepada pihak yang lebih pakar supaya dapat menyelesaikan semua masalahnya.

Sumber: Twitter k_ashmil

Apa Komen Anda?