‘Dulu Anak Kecik Duduk Bawah Ketiak Mak, Bila Dah Besar.. Semua Duduk Jauh’

Bila usia kian meningkat, kehidupan juga menjadi lebih mencabar. Fasa kedewasaan sememangnya memberikan banyak ujian dan cabaran yang pastinya menuntut sebuah pengorbanan dalam diri seseorang. Jika dahulu ketika masih kanak-kanak kita dibesarkan oleh ibu bapa dengan penuh kasih sayang tetapi apabila sudah besar dan berkerjaya, agak mustahil sekali untuk anak-anak tinggal serumah bersama ibu bapa. 

BACA: “Jangan Layan Sangat..” – Wanita Sedih Keluarga & Tunang Perlekeh Depression

Maka akhirnya tinggallah orang tua itu bersendirian di kampung melihat seorang demi seorang anak pergi meninggaIkan rumah demi mengejar cita-cita mereka. Itulah luahan hati seorang lelaki ini yang sudah lebih lima tahun tinggal berjauhan dengan ibunya kerana tuntutan kerja sebagai seorang b0mba. 

Melalui akaun Facebook yang menggunakan nama Cucu Che Hat, lelaki ini telah meluahkan rasa sedihnya apabila menerima sekeping gambar daripada seseorang, memaparkan perlakuan ibunya yang sedang duduk di anjung rumah seorang diri. Walaupun hanya sekeping foto kaku, namun unsur sedih dan kesunyian dapat dilihat jelas tergambar dalam foto berkenaan. 

Tipulah kalau tak sedih tengok gambar macam ni

Melalui kapsyen tersebut, difahamkan ibu kepada lelaki ini sekarang merupakan seorang balu dan kini tinggal bersendirian di kampung. Dahulunya, wanita tua ini mempunyai suami, anak bongsu dan jiran yang sentiasa menemani hari-hari tuanya di kampung. Namun kini, semua insan tersebut telah tiada untuk bersamanya menjalani hari-hari mendatang setelah semua anaknya berhijrah ke tempat lain untuk mencari rezeki dan mengejar impian di menara gading. 

Sekarang adik bongsu dah sambung belajar di UM 

Kini, lelaki ini telah memiliki keluarga dan tinggal berjauhan. Dia sudah berusaha untuk memohon pertukaran tempat kerja sejak lima tahun lalu namun permohonannya masih belum menemui jawapan positif. Menurutnya ketika usia semakin meningkat, pastilah anak-anak memiliki naluri untuk ingin berada dekat dengan orang tua sementara mereka masih ada di muka bumi ini. Dan itulah yang sedang diusahakannya ketika ini. 

Sumber: FB Cucu Che Hat

Apa Komen Anda?