Dulu Basuh Kereta, Tuju K-Clique Syukur Dapat Bantu Family Termasuk Buat Umrah

Bagi peminat setia muzik genre Hip Hop, kumpulan K-Clique bukanlah sebuah nama yang tidak asing lagi. Meskipun pada awalnya mereka cuma bergerak secara underground menerusi beberapa lagu sulung yang kini telah mencecah jutaan tontonan di YouTube, namun kumpulan ini ternyata menjadi siulan orang ramai apabila mendaki populariti ke muzik arus perdana. Bagi yang tidak tahu, K-Clique juga merupakan antara kumpulan rapper yang mempunyai anggota paling ramai di Malaysia iaitu 8 orang.

BACA: “Dulu Kenal Dia Tak Lawa, Sekarang..” – Lelaki Syukur Pilih Hati Dari Paras Rupa

Dulu susah…kerja pun cuci kereta

Ketika ditemubual oleh wakil mStar Online baru-baru ini, salah seorang ahli mereka iaitu Tuju telah berkongsi kisahnya dahulu sebelum menjejaki arena hiburan Hip Hop. Menurutnya, dia terpaksa melakukan bermacam jenis pekerjaan termasuklah mencuci kenderaan demi menjana pendapatan. Malah selaku anak sulung, dia menzahirkan rasa syukur kerana kini dapat membantu dari segi ekonomi keluarganya yang masih menetap di Kota Kinabalu, Sabah.

Selalu tertanya…adakah saya ni dilahirkan sebagai anak yang berfungsi atau tidak?

Ketika berkarya, Tuju atau nama sebenarnya Azree memberitahu bahawa dia sentiasa membayangkan kedua ibu bapanya berada di hadapan. Hal ini kerana dia sentiasa mahu membuktikan bahawa dia seorang anak yang berguna dan membantu ahli keluarga. Malah mindset sebegitu juga sentiasa mengingatkannya untuk terus bekerja dengan ikhlas dan mempunyai tujuan yang baik.

Semua anggota K-Clique mahu hantar ahli keluarga buat umrah

Dalam pada itu, Tuju turut berkongsi tentang salah satu impian kumpulan mereka adalah untuk pergi ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah beramai-ramai. Malah kini mereka sedang bekerja keras untuk merealisasikan matlamat tersebut, yang mana dalam perancangan akan terbang ke sana samada pada hujung tahun ini atau pada awal tahun hadapan.

Bagus niat umrah ramai-ramai…niat pun dah pahala

Ternyata perkongsian yang dilakukan oleh Tuju K-Clique telah mendapat banyak reaksi positif dalam kalangan netizen yang menonton video terbabit. Rata-rata mereka memuji niat dan nilai kekeluargaan yang sentiasa diutamakan olehnya kerana ianya wajar dijadikan sebagai inspirasi juga kepada penggiat seni yang lain.

Sumber: YouTube mStar Online

Apa Komen Anda?