“Dulu Bukan Pilihan Parents Dia, Tapi Sekarang Disayangi Macam Anak Sendiri..”

Bila berbicara soal menuju ke alam perkahwinan, antara topik yang sering menjadi kerisauan ramai adalah sikap keluarga bakal mentua. Baik lelaki mahupun perempuan, rata-rata masyarakat kita juga boleh dikatakan gerun tatkala dengar sahaja perkataan tersebut kerana sering terbayangkan mentua yang jenis garang, tegas, kuat berleter dan sebagainya. Malah yang lebih menyedihkan lagi apabila mereka juga boleh bertindak sebagai punca keretakan sesebuah rumah tangga.

BACA: Berhabis Dekat RM30K, Gadis Nekad Batal Wedding Mewah Sebab Tunang Panas Baran

Gambar sekadar hiasan

Dulu bukan pilihan parents tunang…tapi sekarang disayangi macam anak sendiri

Menerusi satu status di laman Twitter baru-baru ini, seorang wanita meluahkan bahawa dia pernah berhadapan dengan situasi keluarga tunang tidak menyukai dirinya. Bagaimanapun, mereka berdua tetap tidak mengalah dan buktikan bahawa dia layak untuk bersama dengan anak lelaki mereka. Dan ternyata perjuangan itu berbaloi apabila mereka membalas kembali kepercayaan yang diberikan olehnya.

Tunang banyak tolong…dia beritahu semua yang mereka suka & tak suka

Menerusi ruangan komen pula, wanita ini turut berkongsi kepada netizen lain cara-cara dia membaik pulih hubungan yang dahulunya agak renggang. Walaupun proses itu memakan masa agak lama dan tidak mudah seperti yang disangka, namun hasil usaha kerjasama daripada pihak lelaki juga nyata menyumbang ke arah kejayaan tersebut.

Kuatkan hati…doa supaya hati mereka lembut

Kata wanita ini lagi, selalu berikan perhatian terhadap mereka juga antara kunci berkesan untuk konflik tersebut memandangkan golongan ibu bapa biasanya sensitif dan insecure dengan calon menantu masing-masing. Dia turut memberikan nasihat kepada orang ramai di luar sana agar jangan sesekali mengalah ketika menghadapi ujian ini selain rajin berdoa kepada Tuhan agar dipermudahkan urusan keluarga seperti ini.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter

Apa Komen Anda?