Viral Inspirasi rumah tangga

Dulu Dibuang Kerja TUDM Sebab Ambil ‘Barang’, Isteri Bangga Berjaya Ubah Suami

Dulu Dibuang Kerja TUDM Sebab Ambil ‘Barang’, Isteri Bangga Berjaya Ubah Suami

Setiap manusia yang melakukan kesilapan layak diberikan peluang kedua jika benar-benar tekad hendak berubah. Itulah ayat yang sesuai menggambarkan kisah kehidupan Encik Badrul Hasim setelah tular baru-baru ini. Bermula dengan tangisan melihat perarakan merdeka tempoh hari, rupanya terungkai cerita lama bahawa dahulu dia adalah seorang anggota TUDM dengan pangkat terakhir sebagai Laskar Udara Kanan (LUK).

BACA : Bekas Anggota TUDM Menangis Di Hari Merdeka, Diberhentikan Sebab Ambil Barang

@faraharemoy

rezeki allah dah diatur., nt anak dah besar. dia akan amik alih tempat abah#gadissenawang #faraharemoynewmiqa #faraharemoysenawang #doaaremoy

♬ Maafkan Aku – Syahriyadi

Cuma ada sijil SPM, bukan senang mula balik dari zero

Namun akibat terjebak dengan benda terlarang ketika melakukan operasi di Tawau & Lahad Datu, Sabah, dia akur setelah ditamatkan perkhidmatan pada 2016. Cuma mempunyai kelulusan bertaraf SPM sahaja ketika itu, perjalanannya untuk bangkit semula dari bawah bukanlah satu benda mudah. Dengan 10 tahun pengalaman dalam unit TUDM, kini Encik Badrul mencari rezeki sebagai seorang pengawal peribadi.

Dulu Dibuang Kerja TUDM Sebab Ambil ‘Barang’, Isteri Bangga Berjaya Ubah Suami

Dulu Dibuang Kerja TUDM Sebab Ambil ‘Barang’, Isteri Bangga Berjaya Ubah Suami

Kau kahwin dengan aku, aku akan ubah diri kau jadi lebih baik

Di sisi seorang suami, berdirinya sang isteri yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan. Peranan Puan Farah membawa perubahan dalam kehidupan Encik Badrul cukup menyentuh sanubari ramai. Menerima pasangannya tanpa mempertikaikan masa silam, wanita ini akui tidak merasa malu bahkan cukup bangga kerana berjaya mengubah Encik Badrul menjadi manusia lebih baik sepanjang 5 tahun mereka bersama.

Dulu Dibuang Kerja TUDM Sebab Ambil ‘Barang’, Isteri Bangga Berjaya Ubah Suami

Dulu Dibuang Kerja TUDM Sebab Ambil ‘Barang’, Isteri Bangga Berjaya Ubah Suami

Kami kenal lepas berhenti dari TUDM…Memang hidup dia susah

Berkenalan sejak zaman susah, dia sudah berniat dari awal mahu sama-sama membimbing lelaki itu ke jalan yang betul. Sebagai ikhtibar daripada kesilapan suaminya dahulu, Puan Farah sempat berpesan agar setiap orang sentiasa berfikiran jauh sebelum bertindak.

Dulu Dibuang Kerja TUDM Sebab Ambil ‘Barang’, Isteri Bangga Berjaya Ubah Suami

Dulu Dibuang Kerja TUDM Sebab Ambil ‘Barang’, Isteri Bangga Berjaya Ubah Suami

Dulu Dibuang Kerja TUDM Sebab Ambil ‘Barang’, Isteri Bangga Berjaya Ubah Suami

Kredit : TikTok Farahemoy, FB mStarFarah Are Moy

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Dulu Dibuang Kerja TUDM Sebab Ambil ‘Barang’, Isteri Bangga Berjaya Ubah Suami

Facebook

Telegram