Dulu Ditinggal Ibu, 6 Beradik Hilang Kasih Ayah Lepas ‘Pergi’ Selamanya

Terdahulu, seorang ketua keluarga pernah buntu memikirkan masa depan enam orang anaknya memandangkan dirinya yang tidak lagi dapat bekerja akibat masalah kesihatan yang dialami. Lelaki itu telah membesarkan anak-anaknya seorang diri selama 2 tahun selepas bekas isteri tinggalkan mereka semua di bawah jagaannya. Walau bagaimanapun, kini keenam-enam orang anaknya hilang tempat bergantung selepas bapa mereka menemui ajal.

BACA: Ayah Pergi Sebelum Konvo, Bapa Saudara Seiras Jadi Pengganti Ubat Rindu

Baru 3 jam pulang dari umrah

Kamarul Sharizam Kamarudin yang baru sahaja pulang dari umrah yang ditaja, mengadu tidak sihat sebelum rebah tidak sedarkan siri sejurus tiba di pusat rawatan. Namun, dia telah disahkan menghembus nafas terakhir selepas beberapa kali pegawai perubatan melakukan bantuan pernafasan. 

Kredit Harian Metro

Mereka semua ini menjadi tanggungjawab kami

Allahyarham telah tinggalkan enam orang anak yang berusia sebelas hingga yang paling bongsu, 2 tahun. Menurut adik kepada lelaki berkenaan, kebajikan mereka akan diuruskan sebaik-baiknya oleh dirinya serta keluarga. Buat masa sekarang, mereka terpaksa dipisahkan tapi masih di bawah pemantauannya

Rasa bergenang air mata memikirkan anak-anak yang masih kecil

Netizen berasa sangat simpati dengan nasib kesemua anak yatim tersebut apabila mereka akan dipisahkan. Ramai dilihat mendoakan yang terbaik budak enam beradik ini. 

 

Sumber: Facebook Harian Metro 

 

 

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?