“Dulu Kalau Jumpa Orang Kelantan, Aku Memang Jauhkan Diri Sebab…”-Fizi Ali

Sekarang ini apabila menyebut¬† nama negeri Kelantan, pasti ada sahaja spekulasi dari pihak tertentu yang berbaur kutukan. Pengotor mahupun sikap berpuak-puak mungkin perkara skeptikal yang sering dikaitkan oleh orang Kelantan. Kalau ada isu viral negatif mengenai orang Kelantan tersebar, mulalah ada yang mahu ‘sapu rata’. Tidak ketinggalan, penyampai radio iaitu Fizi Ali juga pernah mempunyai sikap skeptikal seperti ini.

Baca : [VIDEO] Mat Salleh Teruja Tengok Sungai Melaka Sampai Terjun Buat Ramai Jijik!

Menurut pengakuan di Instagram Fizi sendiri, dia pernah memandang serong dan cuba menjauhkan diri dari individu yang berasal dari Kelantan. Semuanya dek kerana dia terikut-ikut dengan sikap skeptikal yang dicanangkan tentang warga Kelantan. Akan tetapi, semuanya berubah apabila dia mula kenal dan bersahabat baik dengan Issey Fazlisham.

Pesan Fizi Ali lagi, kita seharusnya membuang jauh-jauh sikap skeptikal ini kerana perangai buruk seseorang individu bukanlah bergantung pada negeri asalnya. Tidak ketinggalan, Fizi juga mengucapkan terima kasih kepada Issey kerana berjaya menjadi rakan yang baik sekaligus mengubah pandangan buruk yang pernah ada dalam dirinya.

Sumber : Instagram Fizi Ali

Apa Komen Anda?