“Dulu Kenal Dia Tak Lawa, Sekarang..”- Lelaki Syukur Pilih Hati Dari Paras Rupa

Zaman sekarang ini bila bercakap soal kecantikan, pasti ramai yang terlintas bahawa definisi bagi sifat tersebut adalah seperti putih, muka yang licin, flawless dan sebagainya. Tidak dinafikan bahawa semua orang mempunyai impian untuk bercinta serta berkahwin dengan insan yang jelita atau kacak. Pun begitu, kita perlu ingat juga bahawa rupa paras bukanlah ukuran kerana ianya boleh hilang jua akhirnya. Tapi sebaiknya carilah teman istimewa yang turut mempunyai hati menawan.

BACA: Selepas 5 Tahun Perkenalan, Gadis Ini Teruja Dapat ‘Hadiah Raya’ Bermakna

Kenal dia waktu hitam, tak lawa…sekarang apa yang berlaku?

Baru-baru ini, perkongsian pemuda bernama Muhammad Huzairie telah menjadi tumpuan di laman Twitter. Hal ini kerana dia menghargai setiap keistimewaan yang ada pada diri teman wanitanya meskipun sebelum ini gadis berkenaan tidak secantik seperti sekarang ini.

Rajin balas kebanyakan IG Story..

Lelaki berusia 23 tahun ini berkata dia mengenali NurShamira sejak tahun lepas menerusi laman Instagram. Malah gadis itu yang memulakan langkah pertama apabila dia rajin membalas kebanyakan IG Story yang dimuatnaik olehnya. Ujarnya lagi, gadis tersebut sangat gigih walaupun masa itu Huzairie tidak terlalu melayannya.

Dia tak pernah give up nak kenal & ambil hati..

First time jumpa dia tak lawa…tapi aku fikir Allah uji dari segi luaran seseorang

Aku nak jadi serius dengan dia…masa ni dia dah pandai makeup & dressing lawa

Hari bersilih ganti, Huzairie juga tidak dapat berselindung rasa bahawa dia mahu menjalinkan hubungan serius dengan teman wanitanya. Dia turut percaya bahawa kehidupan mereka berdua telah berubah menjadi semakin positif. Mengakhiri thread tersebut, dia memohon doa ramai untuk pelancaran majlis tunang yang bakal berlangsung kira-kira sebulan lagi seterusnya berakhir di jinjang pelamin.

Kalau haritu aku terus reject dia? Rugi menyesal wei..

Sumber: Twitter HuzairieYahya96

Apa Komen Anda?