Inspirasi Viral

Dulu Menyerupai Lelaki, Kini Bekas ‘Pengkid’ Selamat Lahirkan Baby Lelaki Pula

Dulu Menyerupai Lelaki, Kini Bekas ‘Pengkid’ Selamat Lahirkan Baby Lelaki Pula

Sharing is caring!

Tak dinafikan setiap orang pasti mengalami detik hitam dalam hidup masing-masing. Tapi hakikatnya, kita semua masih mempunyai peluang untuk berubah jadi lebih baik. Samalah perihalnya mengenai kisah seorang bekas ‘pengkid’ ini apabila foto transformasi wajahnya pernah menjadi viral sekitar tahun lepas. Lebih menarik lagi, dia juga telah tampil dengan imej yang sangat menawan selepas bertemu lelaki yang sah menjadi suaminya.

BACA: Fakta Kehamilan РWalaupun Gugur 3 Kali Berturut, Wanita Boleh Mengandung Lagi

Dulu Menyerupai Lelaki, Kini Bekas ‘Pengkid’ Selamat Lahirkan Baby Lelaki Pula

Dulu menyerupai lelaki…sekarang dah beranak baby lelaki

Siapa sangka setahun selepas tarikh perkahwinannya itu, wanita yang dikenali sebagai Atyn Junaidi kini telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki  pada tarikh 19 November lalu. Menerusi satu status di laman Twitter milknya tempoh hari, Atyn sendiri seakan tidak percaya bahawa dia telah bergelar seorang ibu pada tahun ini.

Dulu Menyerupai Lelaki, Kini Bekas ‘Pengkid’ Selamat Lahirkan Baby Lelaki Pula

Pengalaman baru…10 tahun lepas tak sangka kahwin & timang anak


Menerusi pendedahannya kepada portal mStar baru-baru ini pula, Atyn menyifatkan detik perkahwinan dan bersalin tersebut sebagai pengalaman yang sangat berharga dalam hidupnya. Hal ini kerana perkara sedemikian tidak pernah terlintas langsung dalam fikirannya memandangkan dia suka berpakaian seperti lelaki sejak di bangku sekolah lagi.

Dulu Menyerupai Lelaki, Kini Bekas ‘Pengkid’ Selamat Lahirkan Baby Lelaki Pula

Dulu Menyerupai Lelaki, Kini Bekas ‘Pengkid’ Selamat Lahirkan Baby Lelaki Pula

Dulu Menyerupai Lelaki, Kini Bekas ‘Pengkid’ Selamat Lahirkan Baby Lelaki Pula

Kehadiran bayi ubat pemergian bapa tercinta

Ujar wanita berusia 27 tahun ini lagi, dia pernah kehilangan bapa kandung sekitar hujung tahun 2018 yang lalu. Oleh sebab itu, dia menganggap kedatangan cahaya mata sulungnya sebagai ‘pengganti’ lelaki yang pernah membesarkannya suatu masa dahulu.

Dulu Menyerupai Lelaki, Kini Bekas ‘Pengkid’ Selamat Lahirkan Baby Lelaki Pula


Dulu Menyerupai Lelaki, Kini Bekas ‘Pengkid’ Selamat Lahirkan Baby Lelaki Pula

Bila anak dah besar…boleh cakap ibu dah makan segala garam

Mengulas soal pengalaman lalu, Atyn menyatakan bahawa perkara itulah yang akan menjadi tips berguna dalam membesarkan si comel nanti. Malah wanita ini sempat berseloroh mengatakan bahawa dia mempunyai kenangan hidup yang sangat luas untuk diajar apabila anaknya meningkat dewasa kelak. Dalam pada itu, dia turut menitipkan nasihat berguna kepada para remaja di luar sana agar elakkan terjerumus daripada gejala yang negatif.

Dulu Menyerupai Lelaki, Kini Bekas ‘Pengkid’ Selamat Lahirkan Baby Lelaki Pula

Dulu Menyerupai Lelaki, Kini Bekas ‘Pengkid’ Selamat Lahirkan Baby Lelaki Pula

Dulu Menyerupai Lelaki, Kini Bekas ‘Pengkid’ Selamat Lahirkan Baby Lelaki Pula

Sumber: Twitter atynjunaidi & mStar


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!