“Dulu Mewah Bapa Kerja Di Pelantar, Tapi Hidup Terus Berubah Lepas Ibu Tiada..”

Hujung minggu lalu, tular di laman Twitter tentang kisah seorang remaja perempuan yang tidak berpeluang untuk ke sekolah gara-gara kedaifan hidup yang dialami oleh keluarganya. Berbekalkan pendapatan kurang RM500 sebulan oleh bapanya, Nurhanifah Mohd Fadillah, 17, terpaksa membuat pilihan sama ada wang yang diraih oleh bapanya itu untuk pergi ke sekolah, ataupun sebagai kelangsungan hidup mereka sekeluarga.

BACA: “Dia Pernah Nak Gugurkan Ain Sebab..” -Jiran Lama Buka Mulut Perangai Si Ibu

Saya fikir adik-adik…sebab kami pernah hampir seminggu tak makan

Walaupun sudah hampir 90 hari tidak menjejakkan kaki ke sekolah yang agak jauh dari kediamannya, namun Nurhanifah tetap tidak mengabaikan pelajaran sebagai salah seorang calon peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada tahun ini. Hanya berpandukan beberapa buah buku rujukan yang pernah dibelinya, dia melakukan persiapan sendiri walaupun kadang-kadang terpaksa berborak dengan kucing.

Dulu masa jatuh susah adik pernah tanya, “Kenapa kita dah tak kaya?”

Bercerita lanjut mengenai keluarganya, anak sulung daripada 3 beradik ini mengakui terpaksa tabah dalam meneruskan kehidupan walaupun mereka pernah senang suatu masa dahulu. Kehidupan mereka berempat berubah sekelip mata selepas ibu mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Bapanya memilih untuk bertukar kerjaya sebagai mekanik demi menjaga kesemua zuriatnya, termasuklah anak bongsunya yang memiliki masalah penglihatan.

Kisah yang menimpa keluarga ini didedahkan sendiri oleh Penolong Pegawai Sosio Ekonomi Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) iaitu Cik Asfaridah Umar menerusi laman sosialnya. Walaupun sudah berjumpa dan membantu banyak keluarga, namun cerita hidup adik Nurhanifah  ini paling membuatkannya berasa paling sebak setakat ini.

Saya sukarela bantu mereka & target saya melalui pendidikan

Kata Asfaridah lagi, keluarga tersebut ada menerima bantuan bulanan RM300 daripada JKM namun ianya masih belum cukup bagi menampung kehidupan mereka. Dia sangat terharu dengan ketabahan yang dipamerkan oleh si bapa yang sangat mahukan anak-anaknya berjaya di masa akan datang. Bagi masyarakat yang sudi menghulurkan sumbangan kepada mereka, anda boleh terus berhubung dengan Mohd Fadillah terus di talian 011-56551982 bagi pertanyaan lanjut.

Sumber: Twitter asfanafiey94 & mStar

Apa Komen Anda?