Cinta Inspirasi

Dulu Muka Penuh Jerawat, Pemuda Ini Setia Beri Buah Hati Semangat Sampai Pulih

Dulu Muka Penuh Jerawat, Pemuda Ini Setia Beri Buah Hati Semangat Sampai Pulih

Sharing is caring!

Siapa yang tak bimbang apabila wajah mereka dipenuhi dengan jerawat (break out) yang sangat teruk serta sukar untuk disingkirkan. Jika dibiarkan terlalu lama, takut-takut akan tinggalkan parut yang susah untuk dihilangkan pula. Walaupun menggunakan pelbagai produk, ramai yang kecewa apabila kesemuanya tidak serasi dengan jenis kulit. Selain itu, kita juga akan semakin  malu untuk tampil berdepan dengan masyarakat termasuklah bersama orang yang kita suka.

BACA: [VIDEO] Ajar Boyfriend Korea Cakap Melayu, Ramai Cemburukan Gadis Bertuah Ini

Pemuda setia beri semangat kepada teman wanita wajah bermasalah

Namun lain pula kisahnya dengan pemuda yang dikenali sebagai Zuukery ini. Sejak 3 tahun lepas, dia menerima segala baik buruk gadis bernama Amira itu dengan hati terbuka termasuklah keadaan wajahnya yang agak ketara. Hasil sokongan yang tidak berbelah bahagi, siapa sangka penampilan gadis berusia 20 tahun itu kini sudah melalui fasa transformasi yang sangat mengagumkan.

Perempuan break out jangan cari lain…bagi semangat


Menerusi perkongsian terbaru di Instagram milik pemuda ini lagi, dia turut menasihati orang ramai agar jangan sesekali mengkhianati partner masing-masing atas alasan remeh sedemikian. Sebaliknya, berikanlah bantuan atau semangat sahaja kepada insan yang melalui fasa sukar berkenaan. Jikalau cuma ikut nafsu semata-mata, kita juga pasti takkan pernah puas.

Dulu Muka Penuh Jerawat, Pemuda Ini Setia Beri Buah Hati Semangat Sampai Pulih

Dulu Muka Penuh Jerawat, Pemuda Ini Setia Beri Buah Hati Semangat Sampai Pulih

Dulu Muka Penuh Jerawat, Pemuda Ini Setia Beri Buah Hati Semangat Sampai Pulih

Dia cantik dengan cara sendiri…bagus hubungan kalian


Hakikatnya, penampilan wajah Amira yang semakin tampak lebih pulih itu telah mendapat perhatian ramai termasuklah masyarakat dari Indonesia. Di samping itu, rata-rata netizen turut menyatakan bahawa mereka suka melihat nilai toleransi dan kesetiaan yang wujud dalam hubungan mereka berdua ini. 

Dulu Muka Penuh Jerawat, Pemuda Ini Setia Beri Buah Hati Semangat Sampai Pulih

Dulu Muka Penuh Jerawat, Pemuda Ini Setia Beri Buah Hati Semangat Sampai Pulih

Dulu Muka Penuh Jerawat, Pemuda Ini Setia Beri Buah Hati Semangat Sampai Pulih

Sumber: IG zuukery & amirasyafira_


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!