Dulu Peniaga Makanan Haiwan, Tapi Kini Dapat Beli Rantai Bernilai Sebuah Kereta

Bukan senang nak senang, tapi bukan susah juga nak ubah hidup. Sejak kebelakangan ini, banyak kisah kejayaan tentang peniaga-peniaga kecil yang akhirnya telah berjaya menempa nama dalam industri perniagaan. Antaranya adalah seorang wanita ini yang dikenali sebagai Nur Ellena Shazlin yang berjaya mengubah nasib seisi keluarganya menerusi kejayaan dalam perniagaan kosmetik. 

BACA: Tekad Ubah Nasib Keluarga, Foto Graduan Anak Petani  Penoreh Getah Cetus Sebak

Advertisement

Bayar secara cash rantai emas bernilai lebih 50K

Sebelum ini, wanita tersebut juga pernah tular di laman Facebook apabila suaminya menghadiahkan dua utas gelang serta sebentuk cincin emas bernilai hampir RM77,000. Terbaru, dirinya sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila berkongsi muat naik pembelian seutas rantai idamannya sekian lama. Lebih menarik lagi, nilai barang perhiasan itu sama dengan sebuah kereta dan dibayar secara tunai. 

 

Advertisement

Dulu cuma seorang peniaga makanan haiwan

Wanita berkenaan dan juga suami dahulunya hanya merupakan peniaga makanan haiwan. Umur baru mencecah 26 tahun, namun insan ini sudah mampu memiliki kereta mewah serta bakal mempunyai sebuah banglo yang masih dalam pembinaan. Berkat kerja keras dan usaha yang dilakukan, kini dirinya sudah mampu bergelar seorang jutawan muda. 

Advertisement

Bersyukur dikurnia suami yang memahami

Advertisement

Usahawan ini turut bersyukur kerana telah dikurniakan suami yang sering menjadi tempatnya bergantung dalam melalui liku-liku perniagaan yang ada jatuh bangunnya. Selain itu, dia turut mengakui kejayaannya juga datang dari keberkatan doa ibu bapa yang sering mengiringi dirinya. 

Sumber: Facebook Nur Ellena Shazlin

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?